Saturday 9 February 2013

Riadhatunnafsi

Riadhatunnafsi (Melawan Diri Sendiri)


Kyna: Rupa-rupanya melakukan riadhatunnafsi itu penting untuk kita memperbaiki diri kita. aku ni tak tahulah. kalau diuji, boleh ke tidak agaknya aku melakukan riadhatunnafsi.

Shah: Kalau dah diuji, apa pulak nak riadhatunnafsi. mujahadatunnafsi aje lah!

Kyna: Eh...! ada beza ke?

Shah: Tentulah! mujahadatunnafsi tu melawan hawa nafsu. kita kena menahan diri. kalau diuji dengan kesusahan, kita kena tahan diri dari marah ke, melenting ke. kalau diuji dengan kesenangan pulak, kita kena tahan diri dari melonjak-lonjak kegembiraan dan lupa diri.

Kyna: Habis riadhatunnafsi tu macam mana pulak?

Shah: Riadhatunnafsi itu latihan rohani. konsepnya cari-cari pasal. tak payah tunggu diuji. kalau kita rasa kita ni penakut, bawa-bawalah diri berjalan sorang-sorang dalam hutan diwaktu malam. lebih bagus, pilihlah malam yang ada hujan ribut dan angin kencang. haaa... itu lagi berkesan.

Kyna: Eeee... ngerinya. takde yang lebih senang ke?

Shah: Ada! cari kawasan kubur lama yang terbiar yang penuh semak samun dan pokok besar. biar terpencil sikit, kalau menjerit sekuat hati pun orang tak dengar. pergilah tidur kat celah-celah kubur tu sepanjang malam. pilihlah malam jumaat waktu bulan mengambang. cara tu mudah sikit, tak payah jalan-jalan. tidur jeq.

Kyna: Heeeee! itu dua kali lebih ngeri.

Shah: Tapi itulah cara yang amat berkesan.

Kyna: tak sanggup rasanya aku.

Shah: Haaa...! memang payah sebenarnya. sebab nafsu tu dalam diri kita. macam lawan dengan diri sendiri lah. itulah sebabnya tak ramai orang yang suka mendidik nafsu. kalau tak betul-betul, belum mula dah rasa tak sanggup.


# menyingkap Rahsia Insan #


No comments:

Post a Comment