Friday 28 November 2014

Silent

Assalamu'alaikum guys
hope korang sihat.

dah terbiasa mulut ni berceloteh. tapi hanya dengan orang yang rapat dengan aku. sekali sekala mendiamkan diri itu adalah lebih baik.
actually, memang agak pelik bila kita yang selalu banyak bunyi, tapi satu hari tu dok menyepi. membisu diam seribu bahasa. orang yang kenal rapat dengan kita akan pelik plus hairan dengan perangai kita yang tetiba berubah 360 darjah.

aku ni sebenarnya boleh dikategorikan sebagai ramah. tapi tu dulu la kot. skang ni aku rasa impian dan hasrat aku untuk jadi pendiam makin menjadi kenyataan. baguslah.
kadang tu nak bercakap dengan orang aku tak kenal sepatah pun punya la liat. kecuali la orang yang aku tak kenal tu dok tegur aku dulu or dia tanya something ke, baru aku bercakap. kalau tak, memang sampai kesudah la aku dok menyepi mengunci bicara.

tapi, kalau nak di ikutkan, aku belum lagi jadi pendiam seratus% setakat ni. sebabnya kalau aku lepaking dengan kengkawan and family aku, aku akan bersembang dengan diorang macam biase. masih rajin bercakap dan melayan celoteh mereka yang kenal rapat ngan aku. cuma, secara sedar atau tak, aku tahu aku agak banyak berdiam dan hanya mendengar dari bercerita seperti selalu. :)

salam jumaat untuk uols.
ok lah , tu  jeq untuk entri kali ni.
cam biase, jangan lupa;
keep calm & s e n y u m
salam dari dasar hati

gambar: encik google