Thursday 14 February 2013

Memilih Sahabat

بسم الله الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

慈悲あまねく慈愛深きアッラーの御名において
In the name of Allah, the Entirely Merciful, the Especially Merciful.
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah , lagi Maha Mengasihani.

Adam merupakan anak tunggal seorang businessman. Hidupnya dari kecil tak pernah kenal apa itu erti susah dan kesusahan! Tiap-tiap hari selepas sekolah, dia gemar membonceng motor bersama kawan-kawannya. Hari minggu pula diorang berpicnic ke mana saja asalkan kat situ ada keseronokan. Ibunya juga sering sibuk di butiknya. Disebabkan ibu bapa Adam sering sibuk, lalu Adam diberikan kemewahan dan kebebasan untuk berkawan dengan sesiapa saja.

Suatu hari, semasa pulang dari berpicnic di Kedah, Adam terlibat dalam kemalangan. Dia cedera parah. Sudah ketentuan Illahi kaki Adam tidak berfungsi lagi. Adam mulai sedar, yang datang menjenguk dan menjaganya hanya ibu bapa dan saudara maranya saja. Teman-teman gelak ketawa tiada lagi di sisinya. Dia baru menyedari bahawa dia telah tersilap memilih kawan.



Kata pepatah, 'kawan ketawa ramai, kawan menangis hanya seorang.'
Tidak dinafikan semua orang ingin berkawan dan bergembira. Tak ada yang suka sendirian menjalani kehidupan ini. Kalau ada pun tak ramai, maybe memang sikapnya suka menyendiri. Kawanlah yang selalu kita harapkan untuk bersama di waktu susah dan senang. Apabila ada kawan, kita akan berkongsi masalah dan kesulitan kita dengan diorang. Tapi, bukan mudah mencari teman setia.

Kadang-kadang kita memilih kawan kerana ada niat tertentu. Mungkin kita berkawan dengan seseorang hanya kerana hartanya, keturunannya, atau kedudukannya. Inilah sebabnya mengapa kita sukar mendapat kawan sejati. Ada sahabat yang elok di depan kita tetapi mengumpat keji kita di belakang. Seperti kata Malique dalam lagunya Kau Yang Punya, 'mulut orang perosak reputasi, pembunuh motivasi, mereka pakar fabrikasi, modifikasi, di depan senyum, belakang dengki, yang cemburu mungkin teman kita sendiri, siapa tahu...' Kesalahan kita dibiarkan dan tiada yang hendak menegur atau menasihati.

Oleh itu sangat penting kita memilih kawan yang bukan sahaja dapat membantu dalam urusan lahiriah tetapi juga ke arah kebaikan. Bukan kawan yang menghancurkan masa depan dengan perkara tidak berfaedah dan mengajak kita ke arah kemungkaran dan maksiat.

Hukamak ada mengatakan, 'apabila engkau hendak mengetahui kelakuan seseorang, sama ada dia soleh atau jahat, tidak payah kamu tertanya-tanya. Cukup dengan melihat siapa kawannya dan siapa yang disayanginya untuk mengetahui kelakuannya. Sebab orang yang berkawan itu akan mengikut kelakuan dan perbuatan kawannya.'

Kawan atau sahabat yang patut kita pilih adalah kawan yang baik budi pekerti, tidak fasiq, dan tidak tamak dengan dunia. Berkata sesetengah ulama', "janganlah kamu berteman selain daripada salah seorang daripada dua ; orang yang engkau pelajari sesuatu daripadanya sesuatu tentang agamamu, maka ia manfaatkan kepadamu. Dan orang yang engkau ajarkan sesuatu tentang urusan agamanya, lalu diterimanya daripadamu. dan yang ketiga, orang yang tidak engkau pelajari agama daripadanya dan tidak engkau ajari agama kepadanya, maka larilah daripadanya."

Seorang sahabat sejati tidak akan membiarkan sahabatnya melakukan dosa. Dia akan menasihati sahabatnya. Sekurang-kurangnya dia akan mendoakan sahabatnya itu. Sememangnya payah hendak mencari seorang sahabat yang baik dan sentiasa ada disisi kita ketika suka dan duka.

Al-Qamah berpesan kepada puteranya dengan berkata, wahai anakku, sekiranya engkau merasakan perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut:
  • jika engkau berbakti kepadanya ia akan melindungimu.
  • jika engkau merapatkan persahabatan dengannya, ia akan membalas balik persahabatanmu itu.
  • jika engkau memerlukan pertolongan daripadanya berupa wang dan sebagainya ia akan membantumu.
  • jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan, ia akan menerimanya dengan baik.
  • jika ia mendapat sesuatu kebajikan daripadamu, ia akan menghargainya atau menyebut kebaikanmu.
  • jika ia melihat sesuatu yang tidak baik daripadamu, ia akan menutupinya.
  • jika engkau meminta sesuatu bantuan daripadanya, ia akan mengusahakannya.
  • jika engkau berdiam diri (malu meminta kebajikan) daripadanya, ia akan bertanyakan kesusahanmu.
  • jika datang sesuatu bencana atas dirimu, ia akan meringankan kesusahanmu.
  • jika engkau bertanya kepadanya, nescaya ia akan membenarkanmu.
  • jika engkau merancang sesuatu, nescaya ia akan membantu.
  • jika kamu berselisih faham dengannya, nescaya dia akan mengalah untuk menjaga persahabatan.
Dalam dunia ni memang perlunya kita bersahabat.... ^_____^ so, bersahabatlah selagi masih ada yang sudi bersahabat dgn kita! eheh...

No comments:

Post a Comment