Thursday 14 February 2013

Memilih Sahabat

بسم الله الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

慈悲あまねく慈愛深きアッラーの御名において
In the name of Allah, the Entirely Merciful, the Especially Merciful.
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah , lagi Maha Mengasihani.

Adam merupakan anak tunggal seorang businessman. Hidupnya dari kecil tak pernah kenal apa itu erti susah dan kesusahan! Tiap-tiap hari selepas sekolah, dia gemar membonceng motor bersama kawan-kawannya. Hari minggu pula diorang berpicnic ke mana saja asalkan kat situ ada keseronokan. Ibunya juga sering sibuk di butiknya. Disebabkan ibu bapa Adam sering sibuk, lalu Adam diberikan kemewahan dan kebebasan untuk berkawan dengan sesiapa saja.

Suatu hari, semasa pulang dari berpicnic di Kedah, Adam terlibat dalam kemalangan. Dia cedera parah. Sudah ketentuan Illahi kaki Adam tidak berfungsi lagi. Adam mulai sedar, yang datang menjenguk dan menjaganya hanya ibu bapa dan saudara maranya saja. Teman-teman gelak ketawa tiada lagi di sisinya. Dia baru menyedari bahawa dia telah tersilap memilih kawan.



Kata pepatah, 'kawan ketawa ramai, kawan menangis hanya seorang.'
Tidak dinafikan semua orang ingin berkawan dan bergembira. Tak ada yang suka sendirian menjalani kehidupan ini. Kalau ada pun tak ramai, maybe memang sikapnya suka menyendiri. Kawanlah yang selalu kita harapkan untuk bersama di waktu susah dan senang. Apabila ada kawan, kita akan berkongsi masalah dan kesulitan kita dengan diorang. Tapi, bukan mudah mencari teman setia.

Kadang-kadang kita memilih kawan kerana ada niat tertentu. Mungkin kita berkawan dengan seseorang hanya kerana hartanya, keturunannya, atau kedudukannya. Inilah sebabnya mengapa kita sukar mendapat kawan sejati. Ada sahabat yang elok di depan kita tetapi mengumpat keji kita di belakang. Seperti kata Malique dalam lagunya Kau Yang Punya, 'mulut orang perosak reputasi, pembunuh motivasi, mereka pakar fabrikasi, modifikasi, di depan senyum, belakang dengki, yang cemburu mungkin teman kita sendiri, siapa tahu...' Kesalahan kita dibiarkan dan tiada yang hendak menegur atau menasihati.

Oleh itu sangat penting kita memilih kawan yang bukan sahaja dapat membantu dalam urusan lahiriah tetapi juga ke arah kebaikan. Bukan kawan yang menghancurkan masa depan dengan perkara tidak berfaedah dan mengajak kita ke arah kemungkaran dan maksiat.

Hukamak ada mengatakan, 'apabila engkau hendak mengetahui kelakuan seseorang, sama ada dia soleh atau jahat, tidak payah kamu tertanya-tanya. Cukup dengan melihat siapa kawannya dan siapa yang disayanginya untuk mengetahui kelakuannya. Sebab orang yang berkawan itu akan mengikut kelakuan dan perbuatan kawannya.'

Kawan atau sahabat yang patut kita pilih adalah kawan yang baik budi pekerti, tidak fasiq, dan tidak tamak dengan dunia. Berkata sesetengah ulama', "janganlah kamu berteman selain daripada salah seorang daripada dua ; orang yang engkau pelajari sesuatu daripadanya sesuatu tentang agamamu, maka ia manfaatkan kepadamu. Dan orang yang engkau ajarkan sesuatu tentang urusan agamanya, lalu diterimanya daripadamu. dan yang ketiga, orang yang tidak engkau pelajari agama daripadanya dan tidak engkau ajari agama kepadanya, maka larilah daripadanya."

Seorang sahabat sejati tidak akan membiarkan sahabatnya melakukan dosa. Dia akan menasihati sahabatnya. Sekurang-kurangnya dia akan mendoakan sahabatnya itu. Sememangnya payah hendak mencari seorang sahabat yang baik dan sentiasa ada disisi kita ketika suka dan duka.

Al-Qamah berpesan kepada puteranya dengan berkata, wahai anakku, sekiranya engkau merasakan perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut:
  • jika engkau berbakti kepadanya ia akan melindungimu.
  • jika engkau merapatkan persahabatan dengannya, ia akan membalas balik persahabatanmu itu.
  • jika engkau memerlukan pertolongan daripadanya berupa wang dan sebagainya ia akan membantumu.
  • jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan, ia akan menerimanya dengan baik.
  • jika ia mendapat sesuatu kebajikan daripadamu, ia akan menghargainya atau menyebut kebaikanmu.
  • jika ia melihat sesuatu yang tidak baik daripadamu, ia akan menutupinya.
  • jika engkau meminta sesuatu bantuan daripadanya, ia akan mengusahakannya.
  • jika engkau berdiam diri (malu meminta kebajikan) daripadanya, ia akan bertanyakan kesusahanmu.
  • jika datang sesuatu bencana atas dirimu, ia akan meringankan kesusahanmu.
  • jika engkau bertanya kepadanya, nescaya ia akan membenarkanmu.
  • jika engkau merancang sesuatu, nescaya ia akan membantu.
  • jika kamu berselisih faham dengannya, nescaya dia akan mengalah untuk menjaga persahabatan.
Dalam dunia ni memang perlunya kita bersahabat.... ^_____^ so, bersahabatlah selagi masih ada yang sudi bersahabat dgn kita! eheh...

Saturday 9 February 2013

maaf!

Dua orang sahabat karib sedang berjalan melintasi gurun pasir. di tengah perjalanan, mereka bertengkar, dan salah seorang menampar temannya. sahabat yang kena tampar, merasa sakit hati, tapi dengan tanpa berkata-kata, dia menulis di atas pasir; HARI INI, SAHABAT TERBAIKKU MENAMPAR PIPIKU.

mereka terus berjalan, sehingga menemukan sebatang sungai dan air terjun, di mana mereka memutuskan untuk mandi. sahabat yang pipinya kena tampar dan terluka hatinya tadi, mencuba berenang namun nyaris tenggelam dan berhasil diselamatkan oleh sahabatnya.

ketika dia mulai sedar dan rasa takutnya sudah hilang, dia menulis disebuah batu; HARI INI, SAHABAT TERBAIKKU MENYELAMATKAN NYAWAKU.

sahabat yang menolong dan menampar sahabatnya bertanya, "kenapa setelah aku melukai hatimu, kau menulisnya di atas pasir, dan sekarang kau menulis di atas batu?"

temannya tersenyum dan menjawab, "ketika seorang sahabat melukai kita, kita harus menulisnya di atas pasir agar angin maaf datang berhembus dan menghapus tulisan tersebut. dan bila sesuatu yang luar biasa terjadi, kita harus memahatnya di atas batu hati kita, agar tidak akan hilang ditiup angin."



# cerita di atas bagaimanapun tentu saja lebih mudah di baca berbanding diterapkan. begitu mudahnya kita memutuskan sebuah persahabatan hanya kerana sakit hati atas sebuah perbuatan atau perkataan yang menurut kita keterlaluan hingga menyakiti hati kita. rasa sakit hati lebih perkasa untuk merosak berbanding begitu banyak kebaikan untuk menjaga. mungkin ini memang bahagian dari sifat buruk diri kita.

oleh sebab itu, ketika sakit hati, yang paling penting adalah melihat apakah memang orang yang menyakiti hati kita itu tidak kita sakiti terlebih dahulu.

bukankah sudah menjadi kewajaran sifat orang untuk membalas dendam? berkemungkinan kita telah melukai hatinya terlebih dahulu dan dia menginginkan sakit yang sama terhadap kita seperti yang dia rasakan. mungkin juga sakit hati kita kerana kesalahan kita sendiri yang salah dalam menafsirkan perkataan atau perbuatan teman kita. boleh jadi kita tersinggung oleh perkataan sahabat kita yang dimaksudkannya sebagai gurauan.

namun demikian, orang yang bijak akan selalu mengajari muridnya untuk memaafkan kesalahan-kesalahan saudaranya yang lain. tapi ini merupakan sesuatu yang sangat berat. kerana itu harus belajar 'menyerahkan' sakit itu kepada Allah - yang begitu jelas dan pasti mengetahui bagaimana sakit hati kita - dengan membaca doa, "Ya Allah, balaslah kebaikan siapapun yang telah diberikannnya kepada kami dengan balasan yang jauh dari yang mereka bayangkan. Ya Allah, ampuni kesalahan-kesalahan saudara-saudara kami yang pernah menyakiti hati kami."

bukankah Rasulullah SAW pernah berkata, "tiga hal di antara akhlak ahli syurga adalah memaafkan orang yang telah menganiaya mu, memberi kepada orang yang mengharamkanmu, dan berbuat baik kepada orang yang berbuat buruk kepadamu."

kerana itu, mungkin kita pernah menyakiti seseorang dan dia tidak membalas. mungkin juga orang lain menyakiti hati kita kerana kita pernah menyakitinya. namun dengan izin-NYA, kita berusaha memaafkannya. tapi yang kita takutkan orang lain tidak mahu memaafkan. sungguh, dosa-dosa kita kepada Tuhan telah menghimpit ke dua sisi tulang rusuk kita hingga menyesakkan dada.

jika orang lain tidak sanggup mendoakan kita agar kita 'ada' di hadapan-NYA, maka ikhlaskan segala kesalahan-kesalahan kita. tolong jangan tambahkan kehinaan pada diri kita dengan mengadukan kepada Tuhan bahawa telah menyakiti hatinya.

::: ApaYangKauCari :::

Riadhatunnafsi

Riadhatunnafsi (Melawan Diri Sendiri)


Kyna: Rupa-rupanya melakukan riadhatunnafsi itu penting untuk kita memperbaiki diri kita. aku ni tak tahulah. kalau diuji, boleh ke tidak agaknya aku melakukan riadhatunnafsi.

Shah: Kalau dah diuji, apa pulak nak riadhatunnafsi. mujahadatunnafsi aje lah!

Kyna: Eh...! ada beza ke?

Shah: Tentulah! mujahadatunnafsi tu melawan hawa nafsu. kita kena menahan diri. kalau diuji dengan kesusahan, kita kena tahan diri dari marah ke, melenting ke. kalau diuji dengan kesenangan pulak, kita kena tahan diri dari melonjak-lonjak kegembiraan dan lupa diri.

Kyna: Habis riadhatunnafsi tu macam mana pulak?

Shah: Riadhatunnafsi itu latihan rohani. konsepnya cari-cari pasal. tak payah tunggu diuji. kalau kita rasa kita ni penakut, bawa-bawalah diri berjalan sorang-sorang dalam hutan diwaktu malam. lebih bagus, pilihlah malam yang ada hujan ribut dan angin kencang. haaa... itu lagi berkesan.

Kyna: Eeee... ngerinya. takde yang lebih senang ke?

Shah: Ada! cari kawasan kubur lama yang terbiar yang penuh semak samun dan pokok besar. biar terpencil sikit, kalau menjerit sekuat hati pun orang tak dengar. pergilah tidur kat celah-celah kubur tu sepanjang malam. pilihlah malam jumaat waktu bulan mengambang. cara tu mudah sikit, tak payah jalan-jalan. tidur jeq.

Kyna: Heeeee! itu dua kali lebih ngeri.

Shah: Tapi itulah cara yang amat berkesan.

Kyna: tak sanggup rasanya aku.

Shah: Haaa...! memang payah sebenarnya. sebab nafsu tu dalam diri kita. macam lawan dengan diri sendiri lah. itulah sebabnya tak ramai orang yang suka mendidik nafsu. kalau tak betul-betul, belum mula dah rasa tak sanggup.


# menyingkap Rahsia Insan #


Teringat

assalam...
hari ni aku tetiba teringat kat sorang kawan lama aku. nama dia Hillmi. dia muda 4 tahun dari aku. sekarang umur dia 17 tahun. aku tak tahu dia buat apa sekarang ni. dulu, time aku jadi member dia, aku study kat mj. aku student form 6 masa tu, and Hilmi dak tahfiz kat mj, masa tu dia baru form 2. hehhe... aku rasa sekarang ni dia kat smakj kot. sebab kat mj bebudak tahfiz just 3 tahun jeq kat situ.

actually, aku nak mintak maaf kat dia. bukan kat dia jeq, tapi kat semua sahabat-sahabat aku yang pernah mengenali diri ini. terkadang, kita mudah melafaz kata dan janji dengan orang kat sekeliling kita. kononnya nak jadi kawan mereka juga sahabat mereka dunia akhirat. namun, akhirnya kita ditakdirkan terpisah. bila dah terpisah, mungkin doa saja yang mampu diiringi untuk semua sahabat yang pernah mewarnai hidup  ini. namun jauh di sudut hati ini, masih tersisa rasa inginkan pertemuan buat kali kedua setelah terpisah lama.

aku ingat lagi, Hilmi pernah cakap dengan aku, 'selemah-lemah manusia adalah orang yang tidak boleh mencari sahabat dan orang yang lebih lemah dari itu adalah orang yang mensia-siakan sahabat yang telah di cari'... tu sebenarnya kata-kata Saidina Ali r.a. hanya saja hilmi pinjam kata-katanya.

dan aku harap aku bukan tergolong dalam kalangan orang yang mensia-siakan sahabat yang Allah anugerahka kepada aku... aku hanya terpisah dengan sahabat-sahabat aku dan bukan kerana aku ingin mengabaikan diorang.

kepada Hilmi, akak harap Hilmi sihat selalu, jangan nakal-nakal lagi.. ehehe... thanks sebab bagi akak buku PENENANG JIWA. panjang umur, murah rezeki in shaa Allah akak harap kita dapat bertemu semula even secara tak sengaja. huhhu... akak minta maaf sebab lama tak contact Hilmi. Hilmi pun selalu tukar number phone kan, akak tak tahu dah yang mana satu number Hilmi yang still active. hehhe...

ok la, tu jeq untuk coretan kali ni.... wassalam... peace yaw!


Friday 8 February 2013

Berserah

Seorang anak kecil sedang bermain sendirian dengan mainannya. sedang asyik bermain tiba-tiba mainannya itu rosak. dia cuba untuk membaikinya sendiri, tapi usahanya itu sia-sia saja. maka dia mendatangi ayahnya untuk minta bantuan.

sambil memerhatikan ayahnya dia terus memberikan arahan kepada ayahnya, "ayah, cuba lihat bahagian sebelah kiri, mungkin kat situ kerosakannya."

ayahnya menuruti, tapi ternyata alat permainannya masih gagal diperbaiki.

maka dia berkata lagi, "oh, bukan kat situ, mungkin yang sebelah kanan. cuba ayah tengok kat situ pulak."

ayahnya menuruti apa yang dikatakan, tapi tetap mainannya itu belum boleh diperbaiki lagi.

"kalau macam tu, cuba yang kat bahagian depan pulak."

kali ini ayahnya marah, "sudah! kalau kamu pandai, mengapa tida kamu baiki sendiri saja? jangan ganggu ayah lagi. ayah banyak kerja lain."

setelah dia mencuba beberapa saat untuk membetulkan sendiri dan masih belum berhasil, maka akhirnya dia kembali kepada ayahnya sambil merengek.

"tolonglah ayah, saya suka mainan ini. kalau rosak macam ni saya tak dapat main. tolong la..."

kerana tidak sampai hati mendengar rengekan anaknya, si ayah akhirnya menyerah.

"baiklah. ayah akan membaiki mainanmu asalkan kamu berjanji tidak memberitahu apa yang harus ayah lakukan. kamu duduk saja dan perhatikan ayah buat," kata ayahnya.

ketika ayahnya sedang memperbaiki mainannya, si anak mula bersuara lagi, "jangan yang itu, rasanya bukan bahagian tu yang rosak."

lalu ayahnya membalas, "kalau kamu komen lagi, kamu baiki sendiri mainan ini."

kerana takut ayahnya akan benar-benar melakukan apa yang dikatakannya, anaknya itu diam dan duduk saja melihat sehingga mainannya berhasil diperbaiki.


# seperti anak kecil itu, kita juga sering kali berserah kepada Allah SWT tapi masih ingin mengatur Allah SWT bagaimana sebaiknya hidup kita. bila kita sungguh-sungguh pasrah kepada kehendak Allah SWT, maka nescaya Allah adalah yang Maha Mengetahui dan sangat mencintai kita akan melakukan yang terbaik, lebih dari apa yang kita fikirkan dan doakan, sesuai dengan kehendak-NYA.

:: bluesSelamanya ::


Thursday 7 February 2013

burung patah sayap

pada suatu hari, (ceh macam nak masuk pertandingan bercerita kanak-kanak pulak ek mula dengan pada suatu hari.. hehhe) seorang murid sedang berbual-bual dengan gurunya.

murid berkata, "kelmarin, aku melihat seekor burung jatuh dan menggelepar (menggelepar or menggelupar or apa yang betulnya ek? huhuhu) kerana sayapnya patah. aku berfikir, malang benar nasib burung tu. pasti ia akan mati tidak lama lagi, sebab ia tdak lagi mampu terbang mencari makanan. ketika aku berfikir macam tu, tiba-tiba datang burung lain sambil membawa makanan di paruhnya. kemudian ia jatuhkan makanan itu kepada burung yang kepatahan sayap tu tadi."

"lepas tu, aku pun berfikir lagi. sedangkan burung mampu mendapat makanan dan meneruskan hidupnya dalam keadaan apa sekali pun, tentunya manusia boleh lebih daripada itu."

lantas berkata pula si guru, "kenapa kamu hanya memikirkan burung yang patah sayapnya? kenapa engkau tidak berfikir untuk menjadi burung yang terbang dan memberikan makanan kepada yang kelaparan dan memerlukan bantuan?"

# renung-renungkan cerita di atas....
^____________^  wassalam... peace yaw!






Peribahasa Melayu


1. Yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran : keuntungan yang diharapkan tak dapat, yang dah sedia ada pulak hilang.

2. Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tak ada gunanya : fikirkan semasak-masaknya sebelum buat sesuatu keputusan supaya tak menyesal di depan hari.

3. Langit runtuh, bumi cair : semua harapan dah musnah.

4. Bakar tak berapi : cinta dalam diam-diam.

5. Bak membelah kepayang muda, dimakan mabuk, dicampak sayang : menghadapi sesuatu masalah yang sangat sukar; dalam keadaan yang serba salah.

6. Kodok ditimpa kemarau : berkeluh kesah tak tentu pasal.

7. Kucing keguguran anak : berkeluh kesah tak tentu pasal jugak.

8. Terkalang di mata, terasa di hati : ada something yang akan dikemukakan, sesuatu yang terasa di hati.

9. Lebih pucuk, lebih pelepah? : yang mana baik? kawan lama ke kawan baru?

10. Laksana jentayu menantikan hujan : teramat rindu!

11. Kura-kura di dalam perahu, pura-pura tak tahu : bertanya sesuatu yang dah pun dia tahu (turtle dalam perahu)

12. Ada aku, kau pandang hadap. tak ada aku, kau pandang belakang : kasih sayang hanya waktu berhadapan jeq, setelah berjauhan terus melupakan.





ayah buat kerja gila !


alkisah, tersebutlah sebuah cerita... toiiyyyiibbb... hehehe... ^_____~
Suatu ketika, di sebuah desa di atas bukit telah dilanda musim kemarau enam tahun berturut-turut. (pheww, 6 tahun beb, bukan 6 hari... kalau 6 hari berturut-turut kemarau pun da tak tertanggung da rasanya... huhu.. ok, smbunglah baca cerita ni..) masa tu, suasana desa tersebut kelihatan muram dan penduduknya berasa sedih, putus asa dan merana. di pinggir desa, tinggal seorang lelaki setengah abad yang mempunyai tiga orang anak lelaki dewasa. namun semuanya pemalas, tak pernah mahu mencari pekerjaan. alasannya, di mana-mana susah, kerana musim kemarau itu. segala nasihat si ayah lesap begitu saja, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. mereka lebih suka berkhayal dan tidur.

di belakang bukit yang mengelilingi desa itu, ada sebuah desa yang sangat subur. di tengahnya mengalir sungai yang tak pernah kering. andai kata ada yang mampu memindahkan gunung, dan mengubah aliran sungai, desa itu akan bakal memiliki air yang cukup dan tak akan lagi kekeringan. namun, di desa itu tak ada seorang pun yang berani berfikir untuk memindahkan gunung. sesuatu yang mustahil untuk berbuat demikian.

uniknya, lelaki setengah abad yang tinggal di pinggir desa tadi akhirnya terpanggil untuk menyelesaikan persoalan yang tidak mungkin itu. suatu hari, setelah fajar, dia membulatkan tekadnya. dia mengambil cangkul dan mulai berjalan ke arah gunung. dia bekerja dari subuh hingga matahari tenggelam, tak kenal lelah. mencangkul dan mencangkul dan mencangkul dan mencangkul dan mencangkul dan terus mencangkul... hehhe tahu tak cangkul tu macam mana rupa dia? tak tahu? eh, biar betul... kalau tak tahu pergi tanya pakcik Google  cangkul tu binatang apakah ia... hehhe..

setelah seminggu dia bekerja, akhirnya anak-anaknya pun mulai sedar akan perbuatan ayah mereka. ketika diceritakan bahawa si ayah ingin memindahkan gunung, ketiga-tiga orang anaknya ketawa tebahak-bahak.. (gelak guling-guling...)  mereka menganggap ayahnya gila dan ingin melakukan hal yang begitu mustahil. si ayah terdiam saja. dia meneruskan pekerjaannya dari sehari ke sehari. sebulan kemudian, cerita ini tersebar ke seluruh desa. si lelaki setengah abad itu kini malah digelar gila oleh semua warga desa.

ketiga-tiga anak lelaki itu lama kelamaan malu dengan cemuhan warga desa. hingga suatu hari mereka memutuskan untuk membantu ayah mereka itu. sejak itu, keempat-empat lelaki itu akan berangkat subuh dan mencangkul gunung hingga matahari terbenam. setelah beberapa bulan mereka bekerja, warga desa mulai melihat sebuah lubang besar di gunung. tak lama kemudian, seluruh warga desa ikut bergabung. setahun lebih, akhirnya gunung itu bolong. (errr bolong tu maksudnya macam berlubang besar la... eheh..)  air mengalir melewati terowong yang dibina. desa itu tak pernah lagi kering.

# segalanya mungkin! jangan pernah menganggap remeh sebuah cita-cita atau angan-angan. rahsianya, bagaimana kita mengubah cita-cita  itu menjadi  cabaran nyata. kalau sudah menjadi cabaran, in shaa Allah mampu dikerjakan. in shaa Allah memberikan hasil. cita-cita dan angan-angan hanya akan menjadi lamunan kosong kalau tidak kita wujudkan menjadi cabaran. cabaran adalah sebuah road map, peta yang melukiskan hal-hal yang harus kita kerjakan untuk mencapai sebuah prestasi.

cita-cita dan angan-angan adalah roh. cabaran adalah tubuh tempat roh bersemayam. tanpa cabaran, roh itu hanya akan melayang-layang dan kehilangan wujudnya.  kalau kita punya visi, cita-cita dan angan-angan, jangan lupa menterjemahkannya menjadi cabaran yang boleh memotivasikan penyertaan orang disekitar kita.


:::: hehhe.. kepada yang sudi baca kisah ni, tQ. kalau korang tertanya-tanya kat manalah aku dapat cerita-cerita berpengajaran camni, jawapan dia senang jeq. aku dapat kat buku-buku yang aku baca. [macam-macam jenis buku.] sesuatu yang berguna dan aku anggap cerita-cerita macam ni sebagai kiasan (balaghah) dan kemudian ada pengajaran yang terselit di celahan cerita, jadi tak salah rasanya untuk aku berkongsi dengan reader bluEs girL sekalian kan... eheh..  akhir kalam dari aku insan yang lemah ini, senyumlah selalu.. haha.. btw aku pun dalam usaha untuk belajar tersenyum dalam setiap perkara yang melanda hidup dan kehidupan aku kat atas muka bumi Allah ni... ::::





Wednesday 6 February 2013

tempat rahsia & miskinnya kita!

assalam... hari ni aku nak share ngan korang 2 cerita.... jom layannnn...

1. TEMPAT RAHSIA

     selepas Isyak, setelah berasa cukup memberikan pengajian selama bertahun-tahun kepada murid-muridnya, seorang Kiyai memberikan seekor ayam kepada setiap daripada mereka.
Kiyai berpesan, "terimalah ayam ini, lalu sembelihlah di tempat, di mana tidak ada yang dapat melihat apa yang kamu lakukan."

subuh itu udara cukup dingin, namun Kiyai dan muridnya sudah berkumpul. selepas solat subuh berjemaah, Kiyai bertanya perihal ayam yang diberikannya itu. 
seorang murid senior meminta izin berbicara, "Kiyai, saya sudah jalankan pesan Kiyai untuk menyembelih ayam itu di tempat yang tiada sesiapa melihat saya menyembelih ayam itu."

Kiyai tersenyum, "di mana kamu sembelih?"

murid itu menjawab, "di belakang perigi, malam tadi tepat jam 12.00."

"kamu yakin tak ada yang melihat perbuatan itu?" tanya Kiyai lagi.

"yakin... Kiyai. saya sudah periksa berulang kali tempat itu dan sudah sangat berhati-hati," jawab muridnya itu lagi.

Kiyai menghela nafas. dia tatap seluruh muridnya. lalu dengan perlahan dia bertanya, "bagaimana dengan yang lain?"
seorang demi seorang melaporkan tempat rahsia mereka menyembelih ayam tersebut.

Kiyai sekali lagi menghela nafas. dengan suara berat, Kiyai berkata, "kalian semua tidak lulus... bertahun-tahun aku mengajarkan Islam kepada kalian... sayangnya, kalian tak mampu menangkapnya dengan baik. ketika kalian berasa telah menemukan suatu tempat rahsia, di mana tak ada yang dapat melihat perbuatan kalian, kalian lupa, wahai anak-anakku, bahawa sungguh tak ada tempat di dunia ini yang lepas dari pengamatan Allah! ketika kalian sembelih ayam itu, tak sedarkah kalian bahawa Allah melihat perbuatan itu?

# merenung kisah di atas, sedarkah betapa kita sering lupa bahawa Allah sentiasa melihat dan mengetahui perbuatan kita. ketika kita sembelih nasib orang bawahan kita, kita lupa bahawa Allah melihat perbuatan kita. ketika kita berhasil melepaskan diri dari kecurigaan ibu bapa untuk berdua-duaan dengan wanita atau lelaki yang bukan hak kita di sebuah hotel selama berjam-jam, kita lupa bahawa Allah tak boleh kita kelabui.

saat kita berjaya mengubah laporan kewangan sehingga di akhir tahun, terdapat banyak sisa dana yang boleh kita hanguskan, kita juga lupa bahawa Allah akan mengaudit laporan kewangan tersebut di akhirat nanti. manakala kita tunjuk pihak-pihak lain sebagai kambing hitam dari persoalan utama  di negara kita, dan melupakan bahawa kita pun memiliki saham dari persoalan ini, kita lupa bahawa Allah dapat membezakan dengan jelas mana kambing yang hitam dan mana yang putih.

ah... mampukah kita melepaskan diri dari pandangan Allah? mampukah kita menemukan satu tempat rahsia, di mana tak ada yang mampu melihat apa yang kita lakukan?
Ya Allah, ampuni kami...



2. MISKINNYA KITA!

    pada suatu ketika, seseorang yang sangat kaya mengajak anaknya mengunjungi sebuah kampung dengan tujuan utama memperlihatkan kepada anaknya betapa ada orang yang sangat miskin.

dalam perjalanan pulang, si ayah bertanya kepada anaknya, "bagaimana perjalanan kali ini?"

"sangat luar biasa ayah," sahut anaknya.

"kau sudah lihat betapa manusia boleh menjadi sangat miskin," kata ayahnya.

"ya," balas anaknya ringkas.

"jadi, apa pengajaran yang dapat kau ambil?" tanya ayahnya.

kemudian si anak menjawab, "saya saksikan bahawa kita hanya memiliki seekor kucing, sedangkan mereka empat. kita punya kolam renang yang luasnnya sehingga ke tengah taman kita dan mereka memiliki telaga yang tidak ada batasnya. kita mengimport lampu-lampu di taman kita dan mereka memiliki bintang-bintang di malam hari. kita memiliki sebidang tanah untuk tempat tinggal dan mereka memiliki ladang yang melampaui pandangan kita. kita punya pelayan-pelayan untuk melayani kita, tapi mereka melayani sesama sendiri. kita membeli untuk makanan kita, mereka pula mengambil dari hasil tanaman mereka sendiri. kita mempunyai tembok untuk melindungi kekayaan kita dan mereka memiliki sahabat-sahabat untuk saling melindungi."

mendengar ucapan itu, si ayah terdiam tak dapat berbicara. kemudian si anak menambah, "terima kasih ayah, kerana telah menunjukkan kepada saya betapa miskinnya kita."

# kadang-kadang kita sering melupakan apa yang telah kita miliki dan terus memikirkan apa yang tidak kita miliki. apa yang dianggap tidak berharga oleh seseorang ternyata merupakan dambaan bagi orang lain. semua ini bergantung dari cara pandangan seseorang. mungkin akan lebih baik jika kita bersyukur kepada Allah sebagai rasa terima kasih kita atas semua yang telah disediakan untuk kita daripada kita terus menerus bimbang untuk meminta apa yang belum kita miliki. semoga kita semua termasuk dalam kalangan orang-orang yang bersyukur.


Tuesday 5 February 2013

pesanan kematian

sabda nabi s.a.w. , akan datang kasih manusia pada 5 perkara dan lupa mereka pada 5 perkara :
  • kasih kepada hidup, lupa kepada mati
  • kasih kepada harta, lupa kepada hisab
  • kasih kepada mahligai, lupa kepada kubur
  • kasih kepada dunia, lupa kepada akhirat
  • kasih kepada makhluk, lupa kepada Allah

apabila hampir mati seseorang hamba Allah, maka terbahagilah dia kepada 5 bahagian :
  • hartanya untuk warisnya
  • nyawanya untuk Malaikat Maut
  • dagingnya untuk ulat-ulat
  • tulangnya untuk tanah
  • amalan dan kebajikan untuk orang yang dianiayainya

apabila bercerai nyawa dari badan maka terdengarlah seruan dari langit 3 kali :
  • hai anak Adam, adakah engkau tinggalkan dunia atau dunia tinggalkan engkau?
  • hai anak Adam, adakah engkau himpunkan dunia atau dunia himpunkan engkau?
  • hai anak Adam, adakah engkau membunuh dunia atau dunia membunuh engkau?

apabila dihantar ke tempat mandi, berserulah suara dari langit 3 kali :
  • hai anak Adam, di manakah badan engkau yang kuat mengapa jadi lemah?
  • hai anak Adam, di manakah lidah engkau yang petah bercakap mengapa diam?
  • hai anak Adam, di manakah kekasih engkau mengapakah yang jadi mulia rakan engkau?

apabila dibawa ke atas kain kafan, maka menyerulah suara dari langit 3 kali :
  • hai anak Adam, engkau berjalan kepada perjalanan yang jauh dengan tidak berbekal?
  • hai anak Adam, engkau keluar rumah tiada akan engkau kembali selama-lamanya
  • hai anak Adam, engkau tinggalkan segala kenderaan maka tiada engkau naiki selama-lamanya dan engkau berpindah ke negara yang huru-hara

apabila mayat diletakkan di dalam keranda maka menyerulah suara dari langit 3 kali :
  • hai anak Adam, amat beruntunglah (bahagialah) kamu jika kamu menjadi seorang yang bertaubat
  • hai anak Adam, amat beruntunglah (bahagialah) kamu jika amalmu baik
  • hai anak Adam, amat beruntunglah (bahagialah) kamu jika sahabatmu dalam keredhaan Allah, dan amat rugilah (celakalah) kamu jika sahabatmu orang yang dimurkai Allah

apabila mayat diletakkan untuk disembahyangkan maka menyerulah suara dari langit 3 kali :
  • wahai anak Adam, segala amalmu yang telah kamu lakukan akan kamu lihat
  • wahai anak Adam, jika amalmu itu baik, kamu akan lihat baik
  • wahai anak Adam, jika amalmu itu buruk maka kamu akan lihat buruk

Imam Annas bin Malik r.a. berkata, bumi setiap hari berkata:
  1. wahai anak Adam, kamu berjalan di atasku, kamu akan kembali ke dalam perutku
  2. wahai anak Adam, kamu berbuat maksiat dan dosa di atasku dan kamu akan diseksa di dalam perutku
  3. kamu bergurau di atasku, kamu akan menangis di dalam perutku
  4. kamu makan barang yang haram di atas perutku, dan seluruh binatang azab akan memakan kamu di dalam perutku
  5. kamu bersuka ria di atasku, kamu akan berasa susah sengsara di dalam perutku
  6. kamu mengumpul barang haram di atasku, tapi kamu akan hancur dalam perutku
  7. kamu bersikap sombong di atasku, tapi kamu akan menjadi hina keji di dalam perutku
  8. kamu berjalan dalam sinar cahaya terang-benderang di atasku, tapi kamu akan tinggal dalam kegelapan di dalam perutku
  9. kamu berjalan untuk berhimpun dan berkumpul di atasku, tapi kamu akan tinggal keseorangan di dalam perutku

# anis/Januari2001

Monday 4 February 2013

sehelai daun nan hijau...

telah dua bulan musim hujan berlalu sehingga di mana-mana pepohonan tampak menghijau. kelihatan seekor ulat di antara dedaun menghijau yang bergoyang-goyang diterpa angin.

"apa khabar daun hijau," katanya.

tersentak daun hijau menoleh ke arah suara yang datang menyapanya.

"oh, kamu ulat. mengapa badanmu kelihatan kurus dan kecil?" tanya daun hijau.

"aku hampir tidak mendapat dedaunan untuk makananku. bolehkah engkau membantuku sahabat?" kata ulat kecil.

"tentu saja boleh, marilah ke mari.."

daun hijau berfikir, 'jika aku memberikan sedikit dari tubuhku ini untuk makanan si ulat, aku tetap akan hijau. hanya saja aku akan kelihatan berlubang-lubang. tapi tak apalah.'

perlahan-lahan ulat menggerakkan tubuhnya menuju ke arah daun hijau.
setelah makan sehingga kenyang, ulat berterima kasih kepada daun hijau yang telah merelakan sebahagian tubuhnya menjadi makanan si ulat. ketika ulat mengucapkan terima kasih kepada sahabat yang penuh kasih dan pengorbanan itu, ada rasa puas di dalam diri daun hijau. walaupun tubuhnya kini berlubang di sana sini, namun ia bahagia dapat melakukan sesuatu untuk ulat kecil yang lapar.

tidak lama berselang ketika musim panas datang, daun hijau menjadi kering dan berubah warna. akhirnya ia jatuh ke tanah, disapu orang dan dibakar.

# apa yang terlalu bererti dalam hidup kita sehingga kita enggan berkorban sedikit jeq untuk orang lain? sedangkan akhirnya semua yang ada akan mati dan segalanya akan ditinggalkan. rela berkongsi kesenangan dan kepentingan diri sendiri memang tidak mudah, tetapi indah.
ketika berkorban diri kita sendiri menjadi seperti daun hijau yang berlubang, namun itu sebenarnya tidak mempengaruhi hidup kita. kita tetap akan hijau, Allah akan tetap memberkati dan memelihara kita.
bagi daun hijau, berkorban merupakan satu perkara yang mengesankan dan terasa indah serta memuaskan. ia bahagia melihat sahabatnya mampu tersenyum kerana pengorbanan yang ia lakukan. ia juga melakukannya kerana menyedari bahawa ia tidak akan selamanya tinggal sebagai daun hijau. suatu hari ia akan kering dan jatuh.

demkianlah kehidupan kita. hidup ini hanya sementara, kemudian kita akan mati. itu sebabnya isilah hidup ini dengan perbuatan-perbuatan baik, kasih, pengorbanan, pengertian, kesetiaan, kesabaran dan kerendahan hati.
jadikanlah berkorban itu sebagai sesuatu yang menyenangkan dan membawa sukacita tersendiri bagi kita. kita dapat berkorban dalam banyak perkara. mendahulukan kepentingan sesama manusia, melakukan sesuatu untuk mereka, memberikan apa yang kita punyai dan masih banyak lagi pengorbanan yang dapat kita lakukan.

yang manakah sering kita lakukan? menjadi ulat kecil yang menerima kebaikan orang atau menjadi daun hijau yang senang memberi...?


Saturday 26 January 2013

tahukah korang???

TAHUKAH KORANG???

# tahukah korang kedua belah kaki kita tidak sama besar kerana sebelah kaki kanan dan sebelah lagi adalah kaki kiri. namanya jeq sudah tak sama, jadi tentulah besarnya juga tidak sama.

# tahukah korang burung dapat pulang ke sarangnya walaupun telah keluar kadangkala hingga beribu kilometer daripada sarangnya tanpa sesat atau silap walaupun tanpa bantuan GPS. ini kerana setiap burung mempunyai alamat yang tersendiri sebenarnya.

# tahukah korang cicak memutuskan ekornya apabila diganggu. apabila cicak menyedari yang ia diekori oleh sesuatu, ia akan memutuskan ekornya supaya benda itu tidak mengekorinya lagi atas alasan tanpa ekor sudah tentu ia tidak akan diekori lagi...

# tahukah korang gunung berapi yang berusia 300 tahun disahkan masih aktif untuk meletup. tapi mengikut kajian ahli gunung, api elektrik dirumah kita tidak akan aktif jika tidak membayar bilnya selama 3 bulan.

# tahukah korang ahli sains seluruh dunia bersepakat jika nasi ayam dimakan sewaktu lapar, perut kita akan mengalami satu tindak balas yang berupa kekenyangan. nasi ayam juga boleh digunakan sebagai ubat untuk menggembirakan hati kita bila nasi ayam yang dimakan itu dibelanja oleh kawan kita.

# tahukah korang walaupun hidup beribu tahun, kalau tak menunaikan solat tiada gunanya...


Monday 21 January 2013

rindu zaman sekolah

bila duduk-duduk kat rumah ni, kadang fikiran melayang mengimbau kenangan zaman sekolah... betapa aku rindu nak kembali ke zaman persekolahan. dulu aku sekolah kat SMA Bandar Tenggara, dari form 1 sampai la form 5. aku form 6 kat Ma'ahad Johor. aku sukakan zaman persekolahan, aku suka jadi budak sekolah... aku tahu x ramai yang suka jadi budak sekolah, aku pernah dengar ada bebudak yang x sabar nak habis sekolah. aku pulak yang da habis sekolah rindu sesangat nak kembali ke zaman sekolah... eheh.. nak tahu sebab ape aku suka jadi budak sekolah? x nak tahu? sokey, tapi aku tetap nak bagi tahu gak. ahaha... korang ce fikir, masa zaman sekolah, (bagi aku la kan) kita gembira jeq, bebas dan kurang fikir pasal tanggungjawab. kita xde masalah besar yang nak difikirkan. jz belajar, seronok dengan kawan-kawan. sebab tu best jadi budak sekolah ni. eheh... aku dapat jumpa kawan-kawan 'sekepala' aku dekat sekolah. aku tak stay hostel, member2 aku ramai yang stay kat hostel. yang x stay hostel jz aku, syma, lin, anas, solehah, err sapa lagi ek? eheh, lupa suda... huhu...
aku pernah baca komik Zint. lepas tu aku suka kat kata-kata Zint yang berbunyi...

ketika zaman sekolah
kita gembira selalu
bebas dan kurang fikirkan tanggungjawab,
lepas habis sekolah
semuanya berubah,
kita mula cari kerja
cari kehidupan...
masing-masing dengan hal masing-masing...
hidup setiap hari
sentiasa berulang dan terus berulang
sungguh membosankan...
malah, cuti pun hanya beberapa hari
tak lama, taka macam cuti sekolah...
percayalah, akan tiba harinya
dimana suatu impian akan menjadi kenyataan!
hidup ini banyak betul pengalaman dia..
setiap orang ada langkah masing-masing..
hari-hari yang berlalu
akan terus kekal sebagai memori,
dengan memori ini kita akan belajar
menghargai apa yang telah kita miliki
untuk kita terus dewasa...
kita warnai langit
dengan tangan kita sendiri...
selagi jantung ini terus berdegup
mimpi..
persahabatan..
keberanian..
segala-galanya..!
akan terus diabadikan dalam jiwa ini,,
selamanya... ~Zint

# dan bagi aku, walaupun aku lama x berjumpa kawan-kawan sekolah aku dulu, aku tetap sayangkan diorang. ada jugak plan nak wt reunion, tapi masing-masing makin busy, cuti pulak x sama. huhu... tapi, aku harap sangat dapat jumpa balik ngan semua kawan satu sekolah aku... yang biasa contact aku tu ada la 5, 6 orang... at least x de la aku lost contact ngn mmbe2 aku... hehhe... rindu kt diorang ni aku tak tahu nak umpamakan macam apa, sebab lama sangat tak jumpa... huhuhhu... eh, kat sini da nak maghrib la... nanti lain masa aku membebl lagi k kat sini... daa dulu... papai.. assalam... ^______^

fadilat Bismillah

assalam... phew, lame x membebel kat sini.... huhhu...
actually aku sedang bercuti sekarang ni. so, baru la aku sempat jenguk blog aku ni... eheh...
hari ni aku nak share 'FADILAT BISMILLAH'...

antara kelebihan-kelebihan apabila kita membaca 'bismillah' adalah:
1. Allah memerintahkan malaikat mencatat amal kita yg membaca Bismillah, sebanyak 400 kebaikan.
2. membaca 21 kali ketika hendak tidur, in shaa Allah akan aman daripada syaitan, kecurian, maut mendadak dan bala.
3. membaca 41 kali ke telinga orang pengsan, in shaa Allah boleh memulihkannya segera.
4. membaca 313 kali dan selawat atas Nabi 100 kali pada hari Ahad ketika matahari terbit dengan menghadap kiblat, in shaa Allah akan mendapat rezeki tidak terduga.
5. membaca 786 kali kemudian tiupkan pada air lalu di beri minum kepada orang yang bebal selama 7 hari pada saat matahari terbit, in shaa Allah akan lenyaplah kebebalannya.
6. membaca 50 kali di hadapan orang zalim, akan tunduk dan takutlah orang zalim itu.
7. menulis 61 kali kalimat Bismillah dengan huruf Arab diatas kertas putih, lalu disisipkan ke perut perempuan hamil, in shaa Allah hidup anak yang dikandug itu.
8. membaca 786 kali di hadapan dagangan lalu dihembuskan selama 7 hari, in shaa Allah maju dagangannya(perniagaannya).

# segala khasiat yang diperturunkan oleh fadilat di atas tidak akan berlaku tanpa izin Allah. oleh itu, carilah keredaan Allah dengan melaksanakan segala perintah-NYA serta menjauhi segala larangan-NYA disamping berikhtiar dengan sesungguh hati...
waAllahu'alam~

# senyumlah selalu, kerana senyum itu sedekah yang paling mudah... ^_____^