Monday, 19 January 2015

Sabar

assalamu'alaikum...

didoakan agar kalian sentiasa berada dalam keberkatan Yang Maha Agung.

saat ini, aku masih sedang bercuti. cuti semester selama satu bulan.
aku nak story pasal satu sikap. sikap yang digelar sod ba' ro (sabar).

alangkah sukarnya diri aku ni nak jadi seorang yang sabar.
kadang ujian yang Allah bagi amat-amatlah kecil, tapi aku dah merentung akibat panahan marah.

alangkah bahagianya bila setiap ujian dan dugaan yang Allah aturkan untuk kita, kita terima dengan lapang dada. dengan hati penuh redha. penuh sabar dan tabah.

sebab, aku pernah belajar untuk cuba menjadi penyabar. pernah sekali dua menjadi sabar, walau sungguh dan amat payah untuk istiqamah dalam menjadikan sabar sebati dengan hati, tapi, sememangnya diakui, rasa sabar tu sungguh indah. indah yang aku rasa tak dapat digambarkan dengan apa pun di dunia ini.

maka itu, didiklah hati kita dengan sifat sabar. tak rugi pun kalau kita sabar.

ok lah. itu jeq coretan untuk kali ni.

akhir kalam;
keep calm & s e n y u m :)