Wednesday 27 June 2012

mAlas & putus asA bukAn itu cAranyA...

kisah ni aku ambil dari sebuah majalah kesukaan aku... jom layan...

Suatu hari ketika Imam Abu Hanifah berjalan melalui sebuah rumah yang jendelanya terbuka, maka terdengar oleh beliau suara orang yang mengeluh dan menangis tersedu-sedu.
     "Aduhai, alangkah malangnya nasibku ini, agaknya tiada seorang pun yang lebih malang daripada nasibku yang celaka ini. Sejak dari pagi lagi belum datang sesuap nasi atau makanan pun dikerongkongku sehingga seluruh badanku manjadi lemah longlai. Oh, manakah hati yang belas ikhsan yang sudi memberi curahan air walaupun setitik."
     Mendengar keluhan itu, Abu Hanifah berasa kasihan lalu beliau pun balik ke rumahnya dan mengambil bungkusan hendak diberikan kepada orang itu. Sebaik sahaja dia sampai ke rumah orang itu, dia terus melemparkan bungkusan yang berisi wang kepada si malang tadi lalu meneruskan perjalanannya.
     Dalam pada itu, si malang berasa terkejut setelah mendapati sebuah bungkusan yang tidak diketahui dari mana datangnya, lantas beliau tergesa-gesa membukanya. Setelah dibuka, nyatalah bungkusan itu berisi wang dan secebis kertas yang bertulis, 'Hai manusia, sungguh tidak wajar kamu mengeluh sedemikian itu, kamu tidak pernah atau perlu mengeluh diperuntungkan nasibmu. Ingatlah kepada kemurahan Allah dan cubalah bermohon kepada-Nya dengan bersungguh-sungguh. Jangan suka berputus asa, hai kawan, tetapi berusahalah terus.'
     Pada keesokan harinya, Imam Abu Hanifah melalui lagi rumah itu dan suara keluhan itu kedengaran lagi, "Ya Allah Tuhan Yang Maha Belas Kasihan dan Pemurah, sudilah kiranya memberikan bungkusan lain seperti kelmarin, sekadar untuk menyenangkan hidupku yang melarat ini. Sungguh jika Tuhan tidak beri, akan lebih sengsaralah hidupku, wahai untung nasibku."
     Mendengar keluhan itu lagi, maka Abu Hanifah pun lalu melemparkan lagi bungkusan berisi wang dan secebis kertas dari luar jendela itu, lalu dia pun meneruskan perjalanannya. Orang itu terlalu riang sebaik sahaja mendapat bungkusan itu. Lantas terus membukanya.
     Seperti sebelumnya, di dalam bungkusan itu tetap ada cebisan kertas lalu dibacanya...
     'Hai kawan, bukan begitu cara bermohon, bukan demikian cara berikhtiar dan berusaha. Perbuatan demikian malas namanya. Putus asa kepada kebenaran dan kekuasaan Allah. Sungguh tidak redha Allah melihat orang pemalas dan putus asa, enggan bekerja untuk keselamatan dirinya. Jangan berbuat demikian. Hendak senang mesti suka pada bekerja dan berusaha kerana kesenangan itu tidak mungkin datang sendiri tanpa dicari atau diusahakan. Orang hidup tidak perlu atau disuruh duduk diam tetapi harus bekerja dan berusaha. Allah tidak akan perkenankan permohonan orang yang malas bekerja. Allah tidak akan mengkabulkan doa orang yang berputus asa. Sebab itu, carilah pekerjaan yang halal untuk kesenangan dirimu. Berikhtiarlah sedapat mungkin dengan pertolongan Allah. Insya-Allah, akan dapat juga pekerjaan itu selama kamu tidak berputus asa. Carilah segera pekerjaan, saya doakan lekas berjaya.'
     Sebaik sahaja dia selesai membaca surat itu, dia termenung, dia insaf dan sedar akan kemalasannya yang selama ini dia tidak suka berikhtiar dan berusaha.
     Pada keesokan harinya, dia pun keluar dari rumahnya untuk mencari pekerjaan. Sejak dari hari itu, sikapnya pun berubah mengikut peraturan-peraturan hidup dan tidak lagi melupai nasihat orang yang memberikan nasihat itu.

NOTA; dlm Islam tiada istilah pengangguran, istilah ini hanya digunakan oleh orang yg berakal sempit. Islam mengajar kita utk maju ke hadapan dan bukan mengajar kita tersadai di tepi jalan.

Tuesday 26 June 2012

mAngkuk cAntik, mAdu & sEhelAi rAmbut

Pada suatu hari Rasulullah s.a.w. bersama-sama Saidina Abu Bakar, Saidina Umar dan Saidina Uthman pergi menziarahi Saidina Ali di rumahnya. kedatangan mereka bertiga disambut dengan senang hati oleh Saidina Ali dan isterinya Saidatina Fatimah r.a.
     Bagi memuliakan tetamu, Saidatina Fatimah r.a. menghidangkan madu kpd ayahandanya serta kawan-kawan karibnya. madu itu diletakkan dlm sebuah mangkuk yg amat cantik. semasa membawa mangkuk berisi madu itu kpd mereka, tiba2 sehelai rambut jatuh ke dlm mangkuk tersebut. semua yg ada hanya memerhatikan keadaan tersebut.
     Tiba2 Rasulullah s.a.w. meminta semua sahabat yg hadir utk mmbuat perbandingan terhadap 3 benda tersebut iaitu mangkuk cantik, madu dan sehelai rambut. maka para sahabat yg ada memberikan pandangan masing2. 
     Saidina Abu Bakar r.a. berkata, "Iman itu lebih cantik daripada mangkuk yg cantik ini, orang yg beriman itu lebih manis daripada madu dan mempertahankan iman itu lebih susah daripada meniti sehelai rambut."
     Saidina Umar r.a. berkata, "Kerajaan itu lebih cantik daripada mangkuk yg cantik ini, seorang raja itu lebih manis daripada madu dan memerintah dengan adil itu lebih susah daripada meniti sehelai rambut."
     Saidina Uthman r.a. pula berkata, "Ilmu itu lebih cantik daripada mangkuk yg cantik, orang yg menuntut ilmu itu lebih manis daripada madu dan orang yg beramal dengan ilmu yg dimiliki itu lebih sulit daripada meniti sehelai rambut."
     Saidina Ali r.a. pula berkata, "Tetamu itu lebih cantik daripada mangkuk yg cantik, menjamu tetamu itu lebih manis daripada madu dan membuat tetamu rasa gembira sehingga pulang ke rumahnya lebih sukar daripada meniti sehelai rambut."
     Saidatina Fatimah r.a. pula mengatakan, "Seorang wanita itu lebiih cantik daripada sebuah mangkuk yg cantik, wanita yg menutup auratnya itu lebih manis daripada madu dan mendapatkan seorang wanita yg tidak pernah dilihat orang lain kecuali muhrimnya lebih susah daripada meniti sehelai rambut."
     Rasulullah s.a.w. pula mengatakan, "Seorang yg mendapat taufik untuk beramal adalah lebih cantik daripada mangkuk yg cantik, beramal dengan amalan yg baik itu lebih manis daripada madu dan berbuat amal dengan ikhlas adalah lebih sulit daripada meniti sehelai rambut."
     Malaikat Jibrill a.s. pula berkata, "Menegakkan panji-panji agama itu lebih cantik daripada sebuah mangkuk yg cantik, menyerahkan diri, harta dan waktu untuk usaha-usaha agama lebih manis daripada madu dan mempertahankan usaha agama sampai akhir hayat lebih sulit daripada meniti sehelai rambut."
      Allah SWT kemudian berfirman, "Syurga-Ku lebih cantik daripada mangkuk yg cantik itu, nikmat Syurga-Ku lebih manis daripada madu dan jalan menuju Syurga-Ku adalah lebih sukar daripada meniti sehelai rambut."
      Renungkanlah, tentang mangkuk cantik, madu dan sehelai rambut. Pasti terdapat banyak pengajaran sebagai pedoman kita menjalani kehidupan di dunia ini.

:::bluesSelamanya:::

Saturday 2 June 2012

petua...

MENCANTIKKAN TAPAK KAKI

kaki yg slalu terdedah selalunye lebih kering dan merekah. utk mengatasinya, anda hanya perlu ambil segenggam beras dan rendamkannya didalam air kelapa selama 7 jam. lepas tu, tapis beras tersebut dan kisar sehingga halus. sapukan pd kulit kaki dan amalkan selalu. 


HILANGKAN DAKI DI LEHER

leher merupakan kawasan yg mudah berpeluh dan menyebabkan ia mudah berdaki. untuk membersihkannya, ambil 3 sudu besar tepung gandum, 3 sudu besar oat yg telah dikisar halus dan setengah cawan susu kambing masam. campurkan kesemua bahan tadi sehingga menjadi bancuhan yg pekat. sapukan pd leher seperti masker dan biarkan selama 15 minit. selepas itu gosok menggunakan kain kasar dan bilas dgn air sehingga bersih. amalkan 2 minggu sekali. 

sumber; majalah HARMONI