Sunday 13 December 2015

Wedding

Assalamu'alaikum.

Hai guys. Hope korang sihat.

Siang tadi, aku dengan miza pegi kenduri kawen tiqa zaini. my classmate time sekolah menengah dulu.

Aku ni senanya ada sakit M yang tersangat laaaa beso. ahaha.

Tapi, disebabkan miza ajak naik kereta dengan parents dia, so aku pun follow la.

Lagipun aku bukan ada wat mende pun. Dok bertapa kat rumah je.

Apa salahnya sekali dua kala aku pegi wedding member sendiri kan. ehehe.

Oh ye, kat rumah mak n abah aku ni ada anak-anak sedara aku.

Semua ada balik, meriah uolls... huhu.

Kakak (merah) dah makin besar. tahun depan dia dah nak masuk darjah 1.

Wais dah nak masuk 5 tahun, tahun depan.

Juan, baru lepas birthday yang ke-2 tahun bulan November itu hari. Bila orang tanya, "nama apa?"
juan jawab, "Yan." haha. Ada nama baru eh kau budak kecik. heee.

Yasmin (bunga) makin bolat. huhu. belum cukup 6 bulan lagi.

Fikri (anak angah), baru balik sini siang tadi. Fikri belum ada adik. hehe.

ok, tu je la untuk bebelan kali ni.

adios.
keep calm & s e n y u m :)
salam dari dasar hati.


Monday 30 November 2015

Bahagia

Assalamu'alaikum.

Hai guys.

Harap korang sihat.

Bahagia.

Takde benda yang paling indah dalam dunia melainkan rasa bahagia.

Apa pun sebab dan punca kita rasa bahagia, kita haruslah bersyukur.

Bila hidup bahagia, kita akan rasa tenang nak buat semua perkara.

Marilah kita bersama-sama mencari kebahgiaan.

Bukan kebahagiaan di dunia je, malahan kebahagiaan di akhirat kelak.

:)

keep calm & s e n y u m

salam dari dasar hati.



Thursday 5 November 2015

Rindu

Assalamualaikum guys.
Hai korang. harap sihat lah ye.

Dah masuk bulan november dah untuk tahun 2015 ni. Rasa macam baru je habis study. Sedangkan dah hampir 4 bulan lebih aku habis study.
Rindu. Ya, itu lah perasaan aku sekarang ni.
rindu kat kengkawan. rindu kat lecturer2. rindu dgn suasana upsi. rindu segala-galanya!

rindu sedalam mana pun, bertemu dan berpisah lumrah kehidupan.
bila dah habis study ni, masing-masing ada komitmen masing-masing.
ada yang dah berkerjaya, ada yang dah berkeluarga, ada yang masih 'tanam anggur' dan ada jugak yang dah kembali kepangkuan Ilahi.

untuk bertemu semula sahabat handai bila dah habis study ni memang agak payah sikit.
so, harapnya masa konvo hujung bulan 11 ni nanti dapat lah jumpa diorang.
sekejap pun jadilah. sekadar melepaskan rindu. :')

ok lah, fi hifzillah.
keep calm & s e n y u m

sumber: gambar dari laptop lenovo jiah ;)


Wednesday 7 October 2015

STAN

hai. assalamu'alaikum.

*senyum

musim jerebu gini, eloklah kalau lepak dalam rumah.
ok, aku bukan nak cerita pasal jerebu.
aku nak citer pasal STAN.
Stan ni nama kartunis. atau nama lain dia, Topan (kalau tak silap aku)
dulu masa majalah Blues Selamanya masih wujud, along aku selalu beli majalah tu.
aku pulak tukang baca.
aku paling suka kartun / komik yang kartunis Stan hasilkan.
sebabnya, komik yang dia hasilkan berkaitan misteri, sains fiksyen.
ada satu siri komik dia dalam majalah tu yang aku suka sangat.
tajuk komik tu MISSING by Stan.
best citer dia.
heee...
tetibe rindu nak baca komik yang Stan tu buat.
taktau lah kartunis tu masih aktif lagi tak dalam dunia komik.
tapi selain sukakan tema misteri utk komik yg dia buat, artwork dia pun cun jugak.

ok lah. tu je utk entri kali ni.
aku ni mana la geti bebel panjang berjela.
eheh.
keep calm & s e n y u m
salam dari dasar hati.


sumber: encik Google

Sunday 13 September 2015

Uneasy

Assalamu'alaikum.
hai.
lama tak jenguk blog aku ni.
sekali jenguk berdebu habis.

harap korang sihat.
aku tak tahu la kenapa lately ni aku rasa something yang tak best.
something yang aku pun tak tahu nak explain acane.
but, it something uneasy.
feel tu memang tak best bruh.

kalau boleh aku tak nak terperangkap lama-lama kat feel cenggini.
feel ni buatkan aku rimas.
tak tentu arah.
dan paling annoying aku tak tahu apa sebab ade feel camni.
uneasy.

oh ye, lately ni aku banyak layan novel-novel thriller, misteri, psycho, etc.
pastu aku kekadang mimpi benda yang tak best, or actually mimpi orang yg aku tak suka.
oh, ya. memang aku ade tak suka kat someone ni.
tak suka ni lain sikit dari benci.
aku kalau just tak suka orang tu, memang aku sekadar tak suka jeq.
kalau benci ni payah sikit.

ahah, aku lapar dah. time to lunch.
mak dah panggil makan tu. lewat dah ni tak reti-reti nak lunch.

okey, c ya.
keep calm& s e n y u m
salam dari dasar hati.




Tuesday 11 August 2015

Comel

Assalamu'alaikum.

hai hai. harap korang sihat ye.

siapa rasa diri dia comel sila angkat tangan. haha.

aku tak comel. cute lagi tidak. tapi aku perasan macho. haha.

dulu, aku pernah minat kat someone. tapi skang aku dah move on sebab aku syok sendiri and di tambah orang yang aku minat tu pun bukan kenal aku. so ada baiknya aku move on and chill lex.
siapa orang tu, harus la menjadi rahsia aku. hohho. dia tak hensem pun, tapi bila dia senyum aku tengok comel semacam. ok, aku memang tak tahu sangat pasal dia masa tu. kenal pun kat facebook. then sebelum habis study, selalu pulak terserempak ngan dia dalam campus. heee~

aku tak tahu la sejak bila aku suka lelaki yang comel. maksud aku muka diorang yang comel. tapi citarasa aku berubah ubah lagi setakat ni. sebab biasalah, orang single kan, kadang aku minat kat lelaki yang comel-comel, pastu tetiba minat kat yang chubby, then tersuka kat yang ada mix blood, lepaih tu terminat kat yang muka ala-ala yakuza and gengster. begitulah aku. huhhu...

sampai sini jeq la dulu. aku tak geti bebel panjang berjela.
kang lain kali jumpa lagi.
adios.
salam dari dasar hati.
oh ye, keep calm & s e n y u m :)




Thursday 23 July 2015

8 Syawal 1436H

Assalamu'alaikum.
Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Batin.

hai, apa khabar?
harapnya sihat la ye semua.
di hari raya yang ke-8 ni aku baru berkesempatan untuk meng-update blog aku ni.
biasa aku membebel kat twitter jeq.
eheh.

bulan June hari tu, dua hari sebelum Ramadan, aku dapat sorang lagi anak sedare. baby girl, anak along aku. heeee...

cuti-cuti gini (cuti panjang yang tak tahu berapa lama) sebab dah habis study, so aku melepak jeq kat rumah mak ngan abah. raya kali ni tak rasa macam raya sangat pun. maybe sebab aku dah makin besar, so keceriaan raya tu tak macam masa aku zaman kanak-kanak, zaman aku masih sekolah.

actually, aku dah mula rindu kat kengkawan aku. memasing dah berpisah, dah ada hidup masing-masing. pastinya lepas ni nak jumpa dan berkumpul semula macam dulu amat lah sukar ye tuan-tuan dan puan-puan sekalian.

insyaAllah ada rezeki, kita jumpa time konvo bulan November nanti k guys. u know who u are. no need mention here.

ok, story lain pulak.
sebagai mak sedara yang di gelar 'mama tina' [sepatutnya mama kina] oleh uwais (anak sedara aku) sememangnya aku ni agak garang dengan anak-anak buah aku. diorang tak berapa rapat dengan aku. tapi hakikatnya aku tetap sayangkan diorang semua. :)

ok, tu jeq lah. adios.
selamat hari raya.
macam biasa, keep calm & s e n y u m :)
salam dari dasar hati.

gambo ihsan dari encik google