Friday 8 February 2013

Berserah

Seorang anak kecil sedang bermain sendirian dengan mainannya. sedang asyik bermain tiba-tiba mainannya itu rosak. dia cuba untuk membaikinya sendiri, tapi usahanya itu sia-sia saja. maka dia mendatangi ayahnya untuk minta bantuan.

sambil memerhatikan ayahnya dia terus memberikan arahan kepada ayahnya, "ayah, cuba lihat bahagian sebelah kiri, mungkin kat situ kerosakannya."

ayahnya menuruti, tapi ternyata alat permainannya masih gagal diperbaiki.

maka dia berkata lagi, "oh, bukan kat situ, mungkin yang sebelah kanan. cuba ayah tengok kat situ pulak."

ayahnya menuruti apa yang dikatakan, tapi tetap mainannya itu belum boleh diperbaiki lagi.

"kalau macam tu, cuba yang kat bahagian depan pulak."

kali ini ayahnya marah, "sudah! kalau kamu pandai, mengapa tida kamu baiki sendiri saja? jangan ganggu ayah lagi. ayah banyak kerja lain."

setelah dia mencuba beberapa saat untuk membetulkan sendiri dan masih belum berhasil, maka akhirnya dia kembali kepada ayahnya sambil merengek.

"tolonglah ayah, saya suka mainan ini. kalau rosak macam ni saya tak dapat main. tolong la..."

kerana tidak sampai hati mendengar rengekan anaknya, si ayah akhirnya menyerah.

"baiklah. ayah akan membaiki mainanmu asalkan kamu berjanji tidak memberitahu apa yang harus ayah lakukan. kamu duduk saja dan perhatikan ayah buat," kata ayahnya.

ketika ayahnya sedang memperbaiki mainannya, si anak mula bersuara lagi, "jangan yang itu, rasanya bukan bahagian tu yang rosak."

lalu ayahnya membalas, "kalau kamu komen lagi, kamu baiki sendiri mainan ini."

kerana takut ayahnya akan benar-benar melakukan apa yang dikatakannya, anaknya itu diam dan duduk saja melihat sehingga mainannya berhasil diperbaiki.


# seperti anak kecil itu, kita juga sering kali berserah kepada Allah SWT tapi masih ingin mengatur Allah SWT bagaimana sebaiknya hidup kita. bila kita sungguh-sungguh pasrah kepada kehendak Allah SWT, maka nescaya Allah adalah yang Maha Mengetahui dan sangat mencintai kita akan melakukan yang terbaik, lebih dari apa yang kita fikirkan dan doakan, sesuai dengan kehendak-NYA.

:: bluesSelamanya ::


No comments:

Post a Comment