Tuesday 24 March 2015

Semakin Jauh

Assalamu'alaikum.

Malam-malam cam ni aku ingat nak buat assignment. Tapi liat semacam nak start buat kerja yang bertimbun tu. Lagipun aku baru lepas gayut kat phone dengan mak and adik aku.

Wifi kat seri harmoni kejap ada kejap takde. So, aku nak online kat laptop pun jarang. Biasa aku online kat phone jeq. Senang sikit guna mobile data. Nak tunggu line wifi, beruban la aku jawabnya tak muncul-muncul wifi nye pun adoi.

Aku terus kepada tajuk utama entri kali ni. Banyak bunyik lak aku ni. Haih.
Ok, semakin jauh.

Satu, makin jauh dengan sang Pencipta. Dosa makin hari makin bertambah.
Dua, makin jauh dengan kengkawan lama. Mungkin disebabkan kesibukan masing-masing. Duniawi betul aku ni.
Tiga, makin jauh dengan masa silam dan makin hampir dengan kematian.

Actually, hari ni dah genap dua tahun arwah popo (muzaime nor) meninggal dunia. Kenangan dengan arwah kadang datang menyentak sanubari. Sekalung Al-Fatihah untuk almarhum Muzaime Nor. Moga dia sentiasa aman dan bahagia di-sana. InshaaAllah.

Aku tak banyak masa nak update entri kat blog ni. Aku lagi banyak buang masa kat twitter dan kalau tak kat twitter pun, aku akan menyanyah kat pesbuk. Dan setelah beberapa minggu menempuhi onak duri ranjau berduri sepanjang semester - final year kat sini, assignment aku and group assignment masih pending dan pending. Entah bila nak settle pun tak tahu la. Harapnya Allah permudahkan segala urusan kami.

Harapan terbesar aku, didoakan untuk diri sendiri, moga-moga aku makin mendekatkan diri kembali kepada Maha Agung, Sang Pencipta sekalian alam dan segala isinya.
Selagi hayat masih dikandung badan, aku tak mahu putus harap. Harapan sentiasa ada kalau kita bersungguh ingin capai sesuatu impian. Jangan pernah putus harap. Doa dan usaha seiring sejalan, moga tercapai segala yang diimpi. InshaaAllah.

Ok, macam biasa, keep calm & s e n y u m :)