Tuesday 16 December 2014

Duhai Sang Hati (Part 2)

Saban hari,
hati ini berdetik,
akal ligat berfikir..
dimanakah silap dan salahnya...
perasaan sering bercampur baur..
kesedihan sering kali mengatasi kegembiraan..
adakah diri ini tidak layak mendapat kegembiraan jua kebahagiaan yang berpanjangan?
acapkali ingin saja meluahkan yang terbuku di lubuk hati,
tapi...
siapakah yang sudi mendengar lantas memahami?
ya, memahami tanpa ada rasa menuduh dan buat diri terasa jauh hati..

Duhai sang hati...
tidak layakkah untuk kau bergembira dan berbahagia?
kadang-kadang nafsu mengatasi akal yang waras dalam membuat sesuatu perkara mahupun tika berbicara,
tapi...
apakan daya,
ku ingin sentiasa di dampingi,
sentiasa rasa disayangi jua dihargai,
semasih hayat dikandung badan..
tapi...
apakan daya,
diri ini hanya insan yang lemah,
tidak diizinkan untuk bersuara lantang,
apatah lagi untuk menentang...

Tapi sebenarnya,
bukan niat untuk menentang mahupun melawan bicara,
hanya salah satu cara untuk meluah,
mungkin cuma,
tidak kena pada waktu dan caranya,
sungguh payah untuk ditelan,
namun...
terpaksa jua akur, pasrah, redha atas yang terjadi...

Duhai sang hati,
hilangkan lah duka laramu,
jangan dibiar ia berpanjangan,
takut-takut tidak dapat diubati lagi,
andai sudah terlalu parah...
tapi..
bagaimanakah caranya?
siapakah yang sudi mendengar?
memahami?
mengubati?
melindungi?
mendamaikan?
hanya satu...
ya, hanya Dia yang satu...
yang mampu dan berkuasa atas segalanya...
hanya pada-Mu Ya Rabbul Izzati tempat sebaik-baik penyerahan..
Allah Maha Besar...

sekian untuk kali ini..
Ma'assalamah ilalliqa'

_LeoWoman_

#sambungan luahan hati dari LeoWoman. ok lah guys, aku ada kerja nak kena settle kan ni. so, adios amigos.. aku chow dulu! ;)
oh ye, jangan lupa;
keep calm & s e n y u m
~salam dari dasar hati.



Friday 28 November 2014

Silent

Assalamu'alaikum guys
hope korang sihat.

dah terbiasa mulut ni berceloteh. tapi hanya dengan orang yang rapat dengan aku. sekali sekala mendiamkan diri itu adalah lebih baik.
actually, memang agak pelik bila kita yang selalu banyak bunyi, tapi satu hari tu dok menyepi. membisu diam seribu bahasa. orang yang kenal rapat dengan kita akan pelik plus hairan dengan perangai kita yang tetiba berubah 360 darjah.

aku ni sebenarnya boleh dikategorikan sebagai ramah. tapi tu dulu la kot. skang ni aku rasa impian dan hasrat aku untuk jadi pendiam makin menjadi kenyataan. baguslah.
kadang tu nak bercakap dengan orang aku tak kenal sepatah pun punya la liat. kecuali la orang yang aku tak kenal tu dok tegur aku dulu or dia tanya something ke, baru aku bercakap. kalau tak, memang sampai kesudah la aku dok menyepi mengunci bicara.

tapi, kalau nak di ikutkan, aku belum lagi jadi pendiam seratus% setakat ni. sebabnya kalau aku lepaking dengan kengkawan and family aku, aku akan bersembang dengan diorang macam biase. masih rajin bercakap dan melayan celoteh mereka yang kenal rapat ngan aku. cuma, secara sedar atau tak, aku tahu aku agak banyak berdiam dan hanya mendengar dari bercerita seperti selalu. :)

salam jumaat untuk uols.
ok lah , tu  jeq untuk entri kali ni.
cam biase, jangan lupa;
keep calm & s e n y u m
salam dari dasar hati

gambar: encik google

Friday 31 October 2014

Retrieving corrupted files from flash drive

Assalamu'alaikum guys...
hope korang sihat. *senyum.

hari tu, (emm, ahad itu hari) aku pergi ofis sebab temankan member aku nak settle kan kerja dia.
then as usual aku sumbat pendrive kingmax aku kat CPU cabinet pc opis boss aku ni.
and then masa aku nak bukak satu file kerja yang aku buat, tetibe aku tengok segala isi dalam pendrive aku tu hilang!
kalut gak aku time tu. cam nak nangis pun ade gak. heh.
sebab segala kerja-kerja aku kat opis ni aku save dalam pendrive tu. tetibe hilang, so panik gak.
pas tu aku eject pendrive tu then try cucuk kingmax aku kat laptop kawan aku. pun segala file dalam tu takde. pas tu aku try cucuk kingmax aku tu kat pc opis yang member aku guna. pun tak de jugak. haih. kalut beb. kalut.

then aku teringat pendrive aku tu sebelum ni tak pernah jadi gitu pun. lepas aku pergi print report kat kedai print area rumah sewa aku itu hari, baru pendrive aku jd cenggitu. aku tanya member aku kat whatsapp, dia cakap pendrive aku tu terkena virus.
tak kisah lah kena virus ke kena demam panas ke, yang penting aku nak semula segala file-file yang ada dalam kingmax kesayangan aku tu.
member whatsapp aku tu try bagi solution then aku follow the solution, but still tak de jugak file-file dalam tu. risau dah aku time tu.

aku pun termenung dalam kebingungan. aku try jugak search kat google cara-cara nak kembalikan file dalam pendrive yang hilang. masa tengah dok search tu tetiba anak boss tempat aku intern ni datang opis bapak dia. dia memang rajin datang opis kalau dia nak buat kerja.
pas tu aku apa lagi, terus tanya dia solution probs pendrive aku tu.

then dia tengok tutorial kat you tube. dia try buat, tapi tak menjadi. lepas tu dia cakap nanti mintak tolong kat sorang staff opis kitorang yang memang power bab-bab cam ni. lepas tu aku pun saje la try-try buat cam anak boss aku tu buat based on tutorial kat you tube.
aku follow satu -satu. alhamdulillah akhirnya segala isi dalam pendrive aku kembali seperti sediakala. hehe.

ni step by step nak retrieve file or folder yang hilang dalam pendrive korang.

1- pendrive aku yang KYNAGAFAR (H:) tu yang ada problem masa tu.
ce korang tengok, kat situ 11.1 GB free of 14.6 GB, tapi masalahnya bila aku open pendrive tu segala file dalam tu hilang. kat mana ntah dia menyorok.


2- hah, see. dalam pendrive tu cam dalam gambar kat atas ni. 'This folder is empty.'


3- so, now, kalau korang ada problem pendrive cam ni, korang pergi kat 'start' dalam pc korang, klik kat situ


4- pas tu taip cmd kat situ. lepas tu press button enter kat keyboard pc korang.


5- lepas dah tekan enter, dia akan keluar cam gambar kat atas ni.


6- and then, korang taip abjad dalam kurungan pendrive tu. contoh cam pendrive aku yang bermasalah tu, pendrive yang namanya KYNAGAFAR (H:), so aku taip h: kat command promt tu. *senyum.


7- then, dah taip abjad yang ade pada nama kat pendrive tu, press button enter. dia akan jadi cam gambar kat atas ni.


8- pas tu, taip attrib *.* -r -a -s -h /s /d 
pas tu, press enter.


9- lepas dah press enter, korang tunggu beberapa saat/minit jap. then dia akan keluar cam gambar kat atas ni. time tu file dan folder yang hilang tu inshaaAllah dah ada semula.


10- and then, last sekali korang taip exit
lepas tu press button enter.


11- so, now ada semula dah file-file dalam pendrive tu. jangan lupa say Alhamdulillah ye guys. hehe.


untuk entri kali ni, itu jeq kot.
hope explanation aku kat atas tu membantu lah ea. hehe.
aku ni tak reti buat tutorial sebenarnya... hohho.
so, macam biasa guys. jangan lupa untuk;
keep calm & s e n y u m
~salam dari dasar hati


this is my artwork. -sekian -kesian


Monday 27 October 2014

Duhai Sang Hati (Part 1)

Malam ni terasa sejuk angin bertiup, beserta guruh kilat datang bergilir. Macam nak hujan, tapi nampaknya hujan masih belum nak turun lagi.
Dah lama tak meluahkan sesuatu, sesekali rasa teringin benar nak menulis. Masa 'muda-muda' dulu (sekarang dah tua, hahaha) ada je masa nak meluah, sejak dah busy ni, sempat tak sempat je rasanya.
Alhamdulillah, hujan dah turun. :)
...Hidup tak selalunya indah
Langit tak selalu cerah
Suram malam tak berbintang
Itulah lukisan alam
Begitulah aturan Tuhan...
Segala yang terjadi telah diaturkan oleh Allah yang Maha Berkuasa, Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana...
Namun, sebagai insan biasa, kita tak mampu untuk melihat hikmahnya dalam jangka masa yang pendek...
Seringkali kita berburuk sangka, merungut dan berbisik sesuatu yang negatif tatkala kita diuji. Pujuklah sang hati, agar sentiasa beristighfar, tegapkan keimanan, kuatkan kesabaran.. Agar hasilnya selautan kemanisan dapat kita rasai...
Kita selaku hamba-NYA, haruslah tabah dalam menghadapi liku-liku kehidupan di dunia yang fana ini, dalam menuju akhirat yang kekal abadi... Kadang-kadang hidup ni ibarat roda, adakalanya kita diatas, adakalanya kita dibawah, begitulah seterusnya...
*berhenti menaip. makan jap.
..continue..
Begitu juga dengan kehidupan seharian kita, adakalanya disayang, adakalanya dimarah, adakalanya sihat, adakalanya sakit, adakalanya senang, adakalanya susah. Terkadang suka dan duka silih berganti dan macam-macam lagi, begitulah seterusnya. Seharusnya kita belajar untuk redha dalam menerima ujian dan aturan yang telah ditetapkan oleh Allah. Tapi kita jangan lupa untuk berusaha semampu kita dalam mengejar sesuatu tingkat keimanan...
...Jadilah rumput nan lemah lembut tak luruh dipukul ribut
Bagai karang didasar lautan
Tak terusik dilanda badai
Dalam sukar.. hitunglah kesyukuranmu
Dalam senang.. awasi kealpaanmu
Setitis derita melanda
Segunung kurniaan-NYA...

_LeoWoman_


Itu saja entri kali ni. luahan hati seseorang yang nama sebenarnya dirahsiakan. hehe. tapi aku kenal dia. haha.
macam biase, jangan lupa;
keep calm & s e n y u m
salam dari  dasar hati

Friday 10 October 2014

Tomboy

Assalamu'alaikum guys.
Sihat?

Hari ni aku teringin sangat nak membebel kat sini. Dah lama rasanya tak update entri baru. Kali ni aku nak membebel pasal satu jenis makhluk yang berkategori TOMBOY.

Tomboy ni adalah panggilan atau gelaran untuk perempuan-perempuan yang perwatakannya macam lelaki tak kisah la dari segi bercakap, bergaya, etc. tapi diorang yang bergelar tomboy ni masih ada naluri keperempuanan.

Aku kadang kalau tengok perempuan yang cute-cute tapi dada rata semacam, aku seriously terus confuse nak bezakan samada diorang ni perempuan ke lelaki.
Kalau tomboy aku rasa bentuk badan diorang masih tetap 'perempuan'. Maksud, dada diorang tak rata.
Tapi kalau muka cute ala perempuan yang macho, then dada rata jeq, ni aku rasa diorang pengkid.
So, beza tomboy ngan pengkid adalah bentuk badan? Ke macam mana?
Tak pe lah, apa yang aku faham tomboy tu masih ada naluri keperempuanan, suka pada yang berlainan jantina. Ok, tu pun dah cukup.
Tomboy ni kalau dia kasar-kasar, gaya macam lelaki konon, tapi hati diorang ni lembut sebenarnya. Kadang tu ada yang takut lipas. Seriously, tak tipu, aku ade member yang macam tomboy, (macam jeq bukan betul dia tomboy) cam tu lah dia. Muka habis macho, gaya ala maskulin, tetibe nampak lipas terus menjerit. Ok, serious hilang macho dia.

itu jeq untuk bebelan kali ni.
keep calm & s e n y u m
Salam dari dasar hati.

dia ni bukan tomboy kot, pengkid mungkin. artis thai.


Monday 15 September 2014

Aku, Kau, Dia, dan Mereka

Assalamu'alaikum guys.

apa khabar? harap korang sihat.
sihat beserta kesejahteraan.

Aku.
aku berjalan sendiri
dilorong yang kabur
berdebu
aku bercanda sendirian
dilorong yang nampak pudar
kelam
aku berlari sendiri
dilorong yang bersimpang siur
lelah
aku berehat sendiri
melihat kedalam diri
sayu

Kau
kau sering termenung
termenung sambil melihat langit malam
langit malam tanpa bintang
gelap
kau sering murung
bertemankan secawan kopi hangat
yang tak mampu menghangatkan hati
lalu kau pejamkan mata
sambil menghempas keluhan
yang amat kasar
kau memerhati sekelilingmu
kosong
kemana semua pergi?
kehampaan merauti wajahmu
lalu kau melangkah longlai
menuju jalan yang kau tak pasti kemana hala tujunya
dan kau terdampar dikamar sepi
ah! benci!

Dia
dia tersenyum bahagia
ah!
mengapa begitu bahagia senyuman itu?
kusakit hati dengan senyuman dia.
dia tertawa bahagia
ah!
mengapa telinga ku sakit saat mendengar gelak tawanya?
kubenci akan tawanya.
dia menangis hiba
huh!
baru kupuas hati melihatnya begitu
biarkan dia terus menangis cenggitu
pilu

Mereka
mereka berjalan bersama
berbicara bersama
bergelak ketawa pun bersama
mereka sentiasa bersama
kemana jua tetap bersama
mereka saling bahu membahu
melihat kesatuan hati mereka
aku cemburu
sungguh!



Tuesday 9 September 2014

Hati Tisu

Assalamu'alaikum guys.
sihat?
kalau sihat baguslah. alhamdulillah.
tak sihat?
bertabahlah. moga laju-laju sembuh.

hari tu aku ada tengok movie How To Train Your Dragon 2, tapi aku  tak tengok kat cinema la.
aku pun bukan kaki wayang.
kalau aku nak layan something movie, aku ikut mood, then aku akan search kat internet movie apa yang ada.
tapi kualiti memang tak secantik kualiti tengok kat cinema.
tak kisahlah cantik ke tak, yang penting aku boleh faham jalan cerita tu. cukup.
jadi penyokong 'lanun' lak aku ni. ngeee.
cerita tu best sangat-sangat.
kalau beli tiket tengok kat cinema pun memang tak rugi.
bila aku tengok cerita tu, aku tak tipu, ada satu part dalam cerita tu buat air mata aku jatuh.
touching. seriously.

actually bukan kali pertama aku layan movie 3D animation (international) sampai nangis-nangis.
aku layan BraveThe Croods dengan Frozen pun meleleh air mata aku.
sebab dalam cerita-cerita tu, even animation jeq, tapi diorang yang buat movie tu mampu buat penonton hati tisu cam aku ni terkesan dengan setiap elemen dalam cerita diorang.
diorang mampu buat aku ketawa, senyum sorang-sorang, teruja, and menangis time tengok movie kartun diorang.
modeling, texturing, lighting, etc. dah la gempak jiddan.
salut!
aku sangat sukakan cerita yang berkaitan kekeluargaan dan persahabatan.

kalau novel pulak, aku nangis tersedu-sedan time baca novel Ramlee Awang Murshid, 9 Nyawa.
gila sedih time adik watak utama tu meninggal.
meruntun kalbu.
lagi satu novel yang buat aku termenangis adalah novel Hlovate, Contengan Jalanan.
tu pun aku menangis sebab sepupu Fend meninggal dunia dalam cerita tu.

tak dinafikan, aku sangat mudah tersentuh dengan sesuatu kehilangan.
kematian.
perpisahan.
kemusnahan.
kehancuran.
semua tu kalau ada dalam sesebuah cerita, waima cerita fiksyen pun, memang mampu buat aku nangis.
*kememe gak aku ni sebenarnya. haha.

ok lah guys, tu jeq kot untuk entri kali ni.
lain kali aku membebel lagi kat sini.
keep calm & s e n y u m
~salam dari dasar hati

gambar ihsan dari uncle google.


Monday 1 September 2014

Monolog .

Assalamu'alaikum .
Sihat ?
Apa perasaan korang sekarang ?
Sedih ?
Gembira ?
Menyampah ?
Bengang ?
Marah ?
Sepi ?
Sayu ?
Pilu ?
Excited ?
atau .
Takde perasaan ?
Terasa kosong ?
Bosan ?
Letih . Penat . Lelah ?
Walau apa yang kita rasa sekarang .
Tak kira lah apa jenis perasaan pun .
Maka bersyukurlah .
Dengan adanya sejuta rasa dalam sanubari kita .
Kita belajar setiap hari . Setiap jam . Minit . Malah saat .
Untuk hargai tiap perasaan . Tiap rasa yang hadir dalam hati . Jiwa kita .
Kalau marah yang sedang membelenggu perasaan kita tika ini .
Maka sabar adalah jalan terbaik .
Marah yang tak terkawal mengundang banyak padah .
Jiwa ini mampu terbakar akibat rasa marah .
Maka berwudhu' lah saat kemarahan menjadi Raja dalam hati .
Selagi kita mampu bersabar .
Teruslah bersabar .
Kadang luaran kita memang nampak sedang bersabar .
Tapi dalaman .
Hati kita .
Sedang berkecamuk .
Seolah menahan gunung berapi dari meletus .
Lahar hati terasa bahang .
Dek kerana kepanasan hati .
Terkadang kemarahan kita beserta dengan rasa bengang .
Lalu hati menyumpah-seranah dalam diam .
Adakah itu dikira bersabar ?
Tanyalah hati kita sendiri .
Andai kemarahan tak terucap dibibir .
Tak terdengar ditelinga .
Namun bila hati bermonolog .
Sampai menyumpah-seranah terhadap apa yang kita tak puas hati .
Adakah itu masih dianggap satu kesabaran ?
Duhai jiwa .
Hati .
Naluri .
Bertabahlah dikau .
Harapan aku .
Agar hati-hati kita sentiasa tersenyum ceria .
Tersenyum bahagia .
Walau dalam seribu kegundahan yang tak pernah sudah .
Akhir kalam dari aku .
keep calm & s e n y u m .
Jumpa lain entry jika usia masih ada .
~salam dari dasar hati .


Friday 29 August 2014

Tak ada tajuk

Assalamu'alaikum.
hai.
apa khabar.
lama tak membebel kat sini.
aku busy.
sering hati ini berkecamuk.
kadang niat nak update something kat sini.
tapi hasrat tu terkubur bila kerja memanggil-manggil.
lately ni aku kerap layan lagu-lagu hiphop.
actually dari dulu lagi aku giler hiphop.
tapi kini makin bertambah kegilaannya.
entah.
aku ada sorang member.
dia lelaki.
dia rapat dengan aku sebelum ni.
sekarang makin jauh.
jauh luar dan dalam.
dia kata nak jarakkan hubungan dengan kengkawan perempuan dia.
hanya atas alasan dia dah nak kawen tak lama lagi.
nonsense.
ada jugak orang macam tu.
tak apa lah.
biarlah dia nak buat apa pun.
tu hak dia.
aku as friend dia, mampu doakan dia bahagia sampai mati.
walau dia tak mo kawan dengan aku lagi.
aku harap dia always dirahmati Allah.
kalau dengan menjarakkan hubungan dengan kengkawan perempuan dia, itu lebih buat dia bahagia.
biarlah.
bak kata Hlovate; peraturan berkawan kena saling hormat pendirian.
keep calm and s e n y u m
ok.
panjang umur, lain hari aku akan bersihkan sawang-sawang yang ada kat blog aku yang usang ni. (sekarang dah tak usang, selepas di modified oleh cik aimi syafiqah) ehehe
~salam dari dasar hati.



Saturday 14 June 2014

Looking at me

Assalamu'alaikum...

Yo! Apa khabar?
Hari ni aku nak share satu poem yang ex-ustaz aku pernah bagi kat aku.. yang lebih tepat lagi, ex-ustaz aku tu dulu cikgu aku time aku form 4 and 5. Masa dia bagi aku sajak tu, dia masih single (solo). Sekarang ni dia dah pun menjadi suami orang.. eheh.. Aku terjumpa sajak dia tu masa aku kemas buku-buku lama aku kat rumah beberapa bulan yang lalu.. So, aku rasa macam best pulak bait-bait ayat dalam sajak dia tu. Sebab tu la aku nak share sajak dia tu kat sini. Nak tunggu sajak yang aku buat memang tak lah.
HAHA. *gelak dua harkat jeq ok.
ok lah, aku malas nak bebel panjang-panjang, let's cekidot sajak yang beliau buat untuk aku.

Title: Looking At You Qna (*Qna tu stand for Kyna*)

When I first saw you
My heart founded fast
I began to feel nervous
I'm out of words
As you came closer
I'm breathless,
but...
Looking at you Qna...
Makes me feel more comforted
That you will always be my side
To share my worries
As you come closer
I thought I was lost in a fairy-tale land
Because...
Looking at you Qna,
At the beautiful smile
Makes me want to faint
As if a dream has come true
For a young prince
I just can't stop thinking of you
When you're close to me
You put your arms around me tightly
As you will be there for me 4ever
I wish I could be just looking at you Qna..

Ok, so itu la sajaknya. Nak aku mention tak ek nama penulisnya? Kalau aku letak nama dia, macam tak elok pulak memandangkan dia dah beristeri, dan kalau tak mention nama dia, macam tak patut pulak sebab memang sajak tu dia yang buat. So, aku mention la nama dia. eheh. Sajak tu by -spark-
Nama betul dia tak perlu lah kot. Lagipun aku just share sajak tu untuk menghilangkan bosan aku dan tekanan akibat assignment aku yang masih belum settle.
Btw, sajak dia tu nampak cam tak sesuai untuk aku, tapi aku hargai sebab tak ada lagi orang yang bagi aku puisi jiwa cam tu. HAHA.
Aku ada sorang lagi member yang hebat buat puisi, tapi dia bukan seorang yang layan jiwa, dia sangat unique, dan sajak dia kebanyakannya universal, sajak yang dia buat pun not bad, aku suka, dan dia seorang lelaki. Nama dia siapa? Hmmm, tu rahsia. HAHA. Next time puisi dia akan aku letak jugak dalam blog aku ni, tapi tak tahulah bila. eheh...

Sekian.
Terimalah kasih.
*s e n y u m*



Friday 23 May 2014

Fakta Anak Keempat

yo! Assalamu'alaikum everybody! haha, kali ni aku nak share beberapa Fakta mengenai anak keempat.. sebab apa anak keempat? sebab aku anak ke-4 ^___^ *hehehe

ok, cekidot...

Ciri2 Anak keempat :
1. mudah memaafkan orang
2. garang macam harimau tapi pada sesetengah orang je
3. kalau gelak tak ingat dunia
4. sensitif
5. ramai peminat
6. mudah menyayangi orang lain jika orang tu mengambil berat tentang dirinya
7. sukar melupakan orang yang dia sayang
8. selalu menjadi tumpuan orang ramai
9. tetap senyum walaupun sedang sedih
10. sentiasa mengingati kawan lamanya
11. romantik
12. murah hati
13. peramah
14. takut gelap
15. tak suka shopping
16. suka melancong
17. penyayang
18. manja
19. hati lembut (hati tisu)
20. rajin
21. senang dikejutkan bila tidur
22. suka menolong orang yang memerlukan bantuan
23. diamkan diri bila tengah merajuk
24. cepat lembut hati


Saturday 26 April 2014

sangat BUSY

hye guys ! Assalamu'alaikum w.b.t ...
Hari ni aku tetiba nak update something kat entry blog aku yang dah bersawang + berhabuk + berdebu ni.
kesibukan yang melanda diri membuatkan aku betul-betul tak menyempat nak update pape story. sedangkan, punyalah banyak benda yang aku nak share kat sini, tapi asyiklah tak sempat.
Hari ni pun tak de lah free sangat, masih banyak assignment yang tertunda dan tak berbuat lagi.

Kali ni aku nak story pasal Sibuk atau Menyibuk?
apa yang aku paham tentang SIBUK adalah someone tu akan busy dengan kerja-kerjanya sendiri.
kalau MENYIBUK pulak? haaaaa, yang ni kes busy body la kot (ceh mcm x yakin jeq statement) >___>
tak salah kalau nak menyibuk hal orang lain, hal orang keliling kita, tapi busybody sikit-sikit sudah la.. *hohho

Enter >> cerita lain (cam tak best lak nak story pasal sibuk & menyibuk >__< )
baru-baru ni junior aku, ikqbar kamarulzaman di timpa eksiden. aku seriously terkejut + sedih dengan apa yang berlaku ke atas dirinya. condition dia walaupun aku tak prgi tengok, tapi menurut diorang yang ada melawat dia kat hospital, mengatakan bahawa dia mengalami cedera parah. aku hanya mampu kirimkan doa jeq dari jauh. dan harapan aku, semoga dia cepat-cepat sembuh seperti sedia kala. semoga dia terus tabah. inshaaAllah Aamiin..

ok lah, aku nak kena blah sekarang sebab nak kasi settle itu assignment ... huuuuuu >__>
*perut lapar update entry blog ni sambil telinga aku makan muzik-muzik instrument
sekian dulu untuk entry kali ni..
Terimalah kasih (ciplak ayat Altimet) *ngeeee