Thursday, 7 May 2015

Pendiam

Assalamu'alaikum
*senyum

sedar tak sedar dah masuk bulan Mei dah untuk tahun 2015.
hari ni jugak dah masuk 18 Rejab 1436H.

pendiam?
kenapa orang yang banyak bunyi macam aku ni pilih untuk jadi pendiam?
apa yang best nya bila kau jadi pendiam?

actually aku pun tak tahu lah best ke tak bila jadi pendiam ni.
tapi sepanjang aku berkawan dengan orang yang pendiam ni, aku belajar sesuatu dengan mereka.
ada yang kata orang pendiam ni kelihatan sombong.
aku tak nafikan ada sesetengah yang pendiam agak sombong pada sisi luaran.
tapi apa ada pada kulit luaran? sedang dalaman itu yang kita ingin selami.
kadang aku pun sukar nak meramal jiwa dan rasa pada setiap mereka yang bersifat pendiam ni.
mereka adakalanya kelihatan sentiasa tenang.
tapi tu kita tengok luarannya jeq kan.
kita tak tahu apa yang ada dalam minda dan hati seseorang lebih-lebih lagi mereka yang pendiam.
saat kita membebel dan berceloteh di depan dia, adakah dia menyenangi kita yang sangat memekak dan menyakitkan telinga?

ada kawan aku yang pendiam, tapi dia memang tak suka suasana bising dan menyerabutkan.
tapi ada jeq kawan aku yang pendiam, tapi dia akan berbicara bila perlu.
saat dia berbicara, kadang aku terpukau dengan bahasa yang keluar dari mulut emasnya.
orang pendiam ni kadang aku fikir, diorang ni malas nak bercakap ke acane?
actually, aku rasa diorang memang malas nak cakap, tapi mereka mengehadkan tahap bercakap.
mereka kadang hanya bercakap benda perlu.
bagusnya jadi pendiam ni kau akan jarang menyakitkan hati orang dengan mulut berbisa kau. hah.

aku tak nafikan. memang sangat susah bila aku nak jadi pendiam.
even skang ni pun aku belum seratus percent jadi pendiam, tapi aku masih usahakan kearah itu.
actually aku ni bila jadi pendiam, orang akan nampak aku sombong.
aku tak salahkan diorang yang kata aku macam tu.
sebab diorang tak kenal aku, bila orang yang dah lama kenal aku. istilah sombong tu macam 'sesuatu sangat' dengan aku.

ok lah guys, itu jeq untuk entri kali ni.
jumpa lagi kat entri lain jika usia masih ada.
keep calm & s e n y u m :)
salam dari dasar hati.

sumber: encik gugel