Tuesday, 5 February 2013

pesanan kematian

sabda nabi s.a.w. , akan datang kasih manusia pada 5 perkara dan lupa mereka pada 5 perkara :
  • kasih kepada hidup, lupa kepada mati
  • kasih kepada harta, lupa kepada hisab
  • kasih kepada mahligai, lupa kepada kubur
  • kasih kepada dunia, lupa kepada akhirat
  • kasih kepada makhluk, lupa kepada Allah

apabila hampir mati seseorang hamba Allah, maka terbahagilah dia kepada 5 bahagian :
  • hartanya untuk warisnya
  • nyawanya untuk Malaikat Maut
  • dagingnya untuk ulat-ulat
  • tulangnya untuk tanah
  • amalan dan kebajikan untuk orang yang dianiayainya

apabila bercerai nyawa dari badan maka terdengarlah seruan dari langit 3 kali :
  • hai anak Adam, adakah engkau tinggalkan dunia atau dunia tinggalkan engkau?
  • hai anak Adam, adakah engkau himpunkan dunia atau dunia himpunkan engkau?
  • hai anak Adam, adakah engkau membunuh dunia atau dunia membunuh engkau?

apabila dihantar ke tempat mandi, berserulah suara dari langit 3 kali :
  • hai anak Adam, di manakah badan engkau yang kuat mengapa jadi lemah?
  • hai anak Adam, di manakah lidah engkau yang petah bercakap mengapa diam?
  • hai anak Adam, di manakah kekasih engkau mengapakah yang jadi mulia rakan engkau?

apabila dibawa ke atas kain kafan, maka menyerulah suara dari langit 3 kali :
  • hai anak Adam, engkau berjalan kepada perjalanan yang jauh dengan tidak berbekal?
  • hai anak Adam, engkau keluar rumah tiada akan engkau kembali selama-lamanya
  • hai anak Adam, engkau tinggalkan segala kenderaan maka tiada engkau naiki selama-lamanya dan engkau berpindah ke negara yang huru-hara

apabila mayat diletakkan di dalam keranda maka menyerulah suara dari langit 3 kali :
  • hai anak Adam, amat beruntunglah (bahagialah) kamu jika kamu menjadi seorang yang bertaubat
  • hai anak Adam, amat beruntunglah (bahagialah) kamu jika amalmu baik
  • hai anak Adam, amat beruntunglah (bahagialah) kamu jika sahabatmu dalam keredhaan Allah, dan amat rugilah (celakalah) kamu jika sahabatmu orang yang dimurkai Allah

apabila mayat diletakkan untuk disembahyangkan maka menyerulah suara dari langit 3 kali :
  • wahai anak Adam, segala amalmu yang telah kamu lakukan akan kamu lihat
  • wahai anak Adam, jika amalmu itu baik, kamu akan lihat baik
  • wahai anak Adam, jika amalmu itu buruk maka kamu akan lihat buruk

Imam Annas bin Malik r.a. berkata, bumi setiap hari berkata:
  1. wahai anak Adam, kamu berjalan di atasku, kamu akan kembali ke dalam perutku
  2. wahai anak Adam, kamu berbuat maksiat dan dosa di atasku dan kamu akan diseksa di dalam perutku
  3. kamu bergurau di atasku, kamu akan menangis di dalam perutku
  4. kamu makan barang yang haram di atas perutku, dan seluruh binatang azab akan memakan kamu di dalam perutku
  5. kamu bersuka ria di atasku, kamu akan berasa susah sengsara di dalam perutku
  6. kamu mengumpul barang haram di atasku, tapi kamu akan hancur dalam perutku
  7. kamu bersikap sombong di atasku, tapi kamu akan menjadi hina keji di dalam perutku
  8. kamu berjalan dalam sinar cahaya terang-benderang di atasku, tapi kamu akan tinggal dalam kegelapan di dalam perutku
  9. kamu berjalan untuk berhimpun dan berkumpul di atasku, tapi kamu akan tinggal keseorangan di dalam perutku

# anis/Januari2001

No comments:

Post a Comment