Friday, 31 October 2014

Retrieving corrupted files from flash drive

Assalamu'alaikum guys...
hope korang sihat. *senyum.

hari tu, (emm, ahad itu hari) aku pergi ofis sebab temankan member aku nak settle kan kerja dia.
then as usual aku sumbat pendrive kingmax aku kat CPU cabinet pc opis boss aku ni.
and then masa aku nak bukak satu file kerja yang aku buat, tetibe aku tengok segala isi dalam pendrive aku tu hilang!
kalut gak aku time tu. cam nak nangis pun ade gak. heh.
sebab segala kerja-kerja aku kat opis ni aku save dalam pendrive tu. tetibe hilang, so panik gak.
pas tu aku eject pendrive tu then try cucuk kingmax aku kat laptop kawan aku. pun segala file dalam tu takde. pas tu aku try cucuk kingmax aku tu kat pc opis yang member aku guna. pun tak de jugak. haih. kalut beb. kalut.

then aku teringat pendrive aku tu sebelum ni tak pernah jadi gitu pun. lepas aku pergi print report kat kedai print area rumah sewa aku itu hari, baru pendrive aku jd cenggitu. aku tanya member aku kat whatsapp, dia cakap pendrive aku tu terkena virus.
tak kisah lah kena virus ke kena demam panas ke, yang penting aku nak semula segala file-file yang ada dalam kingmax kesayangan aku tu.
member whatsapp aku tu try bagi solution then aku follow the solution, but still tak de jugak file-file dalam tu. risau dah aku time tu.

aku pun termenung dalam kebingungan. aku try jugak search kat google cara-cara nak kembalikan file dalam pendrive yang hilang. masa tengah dok search tu tetiba anak boss tempat aku intern ni datang opis bapak dia. dia memang rajin datang opis kalau dia nak buat kerja.
pas tu aku apa lagi, terus tanya dia solution probs pendrive aku tu.

then dia tengok tutorial kat you tube. dia try buat, tapi tak menjadi. lepas tu dia cakap nanti mintak tolong kat sorang staff opis kitorang yang memang power bab-bab cam ni. lepas tu aku pun saje la try-try buat cam anak boss aku tu buat based on tutorial kat you tube.
aku follow satu -satu. alhamdulillah akhirnya segala isi dalam pendrive aku kembali seperti sediakala. hehe.

ni step by step nak retrieve file or folder yang hilang dalam pendrive korang.

1- pendrive aku yang KYNAGAFAR (H:) tu yang ada problem masa tu.
ce korang tengok, kat situ 11.1 GB free of 14.6 GB, tapi masalahnya bila aku open pendrive tu segala file dalam tu hilang. kat mana ntah dia menyorok.


2- hah, see. dalam pendrive tu cam dalam gambar kat atas ni. 'This folder is empty.'


3- so, now, kalau korang ada problem pendrive cam ni, korang pergi kat 'start' dalam pc korang, klik kat situ


4- pas tu taip cmd kat situ. lepas tu press button enter kat keyboard pc korang.


5- lepas dah tekan enter, dia akan keluar cam gambar kat atas ni.


6- and then, korang taip abjad dalam kurungan pendrive tu. contoh cam pendrive aku yang bermasalah tu, pendrive yang namanya KYNAGAFAR (H:), so aku taip h: kat command promt tu. *senyum.


7- then, dah taip abjad yang ade pada nama kat pendrive tu, press button enter. dia akan jadi cam gambar kat atas ni.


8- pas tu, taip attrib *.* -r -a -s -h /s /d 
pas tu, press enter.


9- lepas dah press enter, korang tunggu beberapa saat/minit jap. then dia akan keluar cam gambar kat atas ni. time tu file dan folder yang hilang tu inshaaAllah dah ada semula.


10- and then, last sekali korang taip exit
lepas tu press button enter.


11- so, now ada semula dah file-file dalam pendrive tu. jangan lupa say Alhamdulillah ye guys. hehe.


untuk entri kali ni, itu jeq kot.
hope explanation aku kat atas tu membantu lah ea. hehe.
aku ni tak reti buat tutorial sebenarnya... hohho.
so, macam biasa guys. jangan lupa untuk;
keep calm & s e n y u m
~salam dari dasar hati


this is my artwork. -sekian -kesian


Monday, 27 October 2014

Duhai Sang Hati (Part 1)

Malam ni terasa sejuk angin bertiup, beserta guruh kilat datang bergilir. Macam nak hujan, tapi nampaknya hujan masih belum nak turun lagi.
Dah lama tak meluahkan sesuatu, sesekali rasa teringin benar nak menulis. Masa 'muda-muda' dulu (sekarang dah tua, hahaha) ada je masa nak meluah, sejak dah busy ni, sempat tak sempat je rasanya.
Alhamdulillah, hujan dah turun. :)
...Hidup tak selalunya indah
Langit tak selalu cerah
Suram malam tak berbintang
Itulah lukisan alam
Begitulah aturan Tuhan...
Segala yang terjadi telah diaturkan oleh Allah yang Maha Berkuasa, Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana...
Namun, sebagai insan biasa, kita tak mampu untuk melihat hikmahnya dalam jangka masa yang pendek...
Seringkali kita berburuk sangka, merungut dan berbisik sesuatu yang negatif tatkala kita diuji. Pujuklah sang hati, agar sentiasa beristighfar, tegapkan keimanan, kuatkan kesabaran.. Agar hasilnya selautan kemanisan dapat kita rasai...
Kita selaku hamba-NYA, haruslah tabah dalam menghadapi liku-liku kehidupan di dunia yang fana ini, dalam menuju akhirat yang kekal abadi... Kadang-kadang hidup ni ibarat roda, adakalanya kita diatas, adakalanya kita dibawah, begitulah seterusnya...
*berhenti menaip. makan jap.
..continue..
Begitu juga dengan kehidupan seharian kita, adakalanya disayang, adakalanya dimarah, adakalanya sihat, adakalanya sakit, adakalanya senang, adakalanya susah. Terkadang suka dan duka silih berganti dan macam-macam lagi, begitulah seterusnya. Seharusnya kita belajar untuk redha dalam menerima ujian dan aturan yang telah ditetapkan oleh Allah. Tapi kita jangan lupa untuk berusaha semampu kita dalam mengejar sesuatu tingkat keimanan...
...Jadilah rumput nan lemah lembut tak luruh dipukul ribut
Bagai karang didasar lautan
Tak terusik dilanda badai
Dalam sukar.. hitunglah kesyukuranmu
Dalam senang.. awasi kealpaanmu
Setitis derita melanda
Segunung kurniaan-NYA...

_LeoWoman_


Itu saja entri kali ni. luahan hati seseorang yang nama sebenarnya dirahsiakan. hehe. tapi aku kenal dia. haha.
macam biase, jangan lupa;
keep calm & s e n y u m
salam dari  dasar hati

Friday, 10 October 2014

Tomboy

Assalamu'alaikum guys.
Sihat?

Hari ni aku teringin sangat nak membebel kat sini. Dah lama rasanya tak update entri baru. Kali ni aku nak membebel pasal satu jenis makhluk yang berkategori TOMBOY.

Tomboy ni adalah panggilan atau gelaran untuk perempuan-perempuan yang perwatakannya macam lelaki tak kisah la dari segi bercakap, bergaya, etc. tapi diorang yang bergelar tomboy ni masih ada naluri keperempuanan.

Aku kadang kalau tengok perempuan yang cute-cute tapi dada rata semacam, aku seriously terus confuse nak bezakan samada diorang ni perempuan ke lelaki.
Kalau tomboy aku rasa bentuk badan diorang masih tetap 'perempuan'. Maksud, dada diorang tak rata.
Tapi kalau muka cute ala perempuan yang macho, then dada rata jeq, ni aku rasa diorang pengkid.
So, beza tomboy ngan pengkid adalah bentuk badan? Ke macam mana?
Tak pe lah, apa yang aku faham tomboy tu masih ada naluri keperempuanan, suka pada yang berlainan jantina. Ok, tu pun dah cukup.
Tomboy ni kalau dia kasar-kasar, gaya macam lelaki konon, tapi hati diorang ni lembut sebenarnya. Kadang tu ada yang takut lipas. Seriously, tak tipu, aku ade member yang macam tomboy, (macam jeq bukan betul dia tomboy) cam tu lah dia. Muka habis macho, gaya ala maskulin, tetibe nampak lipas terus menjerit. Ok, serious hilang macho dia.

itu jeq untuk bebelan kali ni.
keep calm & s e n y u m
Salam dari dasar hati.

dia ni bukan tomboy kot, pengkid mungkin. artis thai.