Tuesday 9 September 2014

Hati Tisu

Assalamu'alaikum guys.
sihat?
kalau sihat baguslah. alhamdulillah.
tak sihat?
bertabahlah. moga laju-laju sembuh.

hari tu aku ada tengok movie How To Train Your Dragon 2, tapi aku  tak tengok kat cinema la.
aku pun bukan kaki wayang.
kalau aku nak layan something movie, aku ikut mood, then aku akan search kat internet movie apa yang ada.
tapi kualiti memang tak secantik kualiti tengok kat cinema.
tak kisahlah cantik ke tak, yang penting aku boleh faham jalan cerita tu. cukup.
jadi penyokong 'lanun' lak aku ni. ngeee.
cerita tu best sangat-sangat.
kalau beli tiket tengok kat cinema pun memang tak rugi.
bila aku tengok cerita tu, aku tak tipu, ada satu part dalam cerita tu buat air mata aku jatuh.
touching. seriously.

actually bukan kali pertama aku layan movie 3D animation (international) sampai nangis-nangis.
aku layan BraveThe Croods dengan Frozen pun meleleh air mata aku.
sebab dalam cerita-cerita tu, even animation jeq, tapi diorang yang buat movie tu mampu buat penonton hati tisu cam aku ni terkesan dengan setiap elemen dalam cerita diorang.
diorang mampu buat aku ketawa, senyum sorang-sorang, teruja, and menangis time tengok movie kartun diorang.
modeling, texturing, lighting, etc. dah la gempak jiddan.
salut!
aku sangat sukakan cerita yang berkaitan kekeluargaan dan persahabatan.

kalau novel pulak, aku nangis tersedu-sedan time baca novel Ramlee Awang Murshid, 9 Nyawa.
gila sedih time adik watak utama tu meninggal.
meruntun kalbu.
lagi satu novel yang buat aku termenangis adalah novel Hlovate, Contengan Jalanan.
tu pun aku menangis sebab sepupu Fend meninggal dunia dalam cerita tu.

tak dinafikan, aku sangat mudah tersentuh dengan sesuatu kehilangan.
kematian.
perpisahan.
kemusnahan.
kehancuran.
semua tu kalau ada dalam sesebuah cerita, waima cerita fiksyen pun, memang mampu buat aku nangis.
*kememe gak aku ni sebenarnya. haha.

ok lah guys, tu jeq kot untuk entri kali ni.
lain kali aku membebel lagi kat sini.
keep calm & s e n y u m
~salam dari dasar hati

gambar ihsan dari uncle google.


No comments:

Post a Comment