Monday, 15 September 2014

Aku, Kau, Dia, dan Mereka

Assalamu'alaikum guys.

apa khabar? harap korang sihat.
sihat beserta kesejahteraan.

Aku.
aku berjalan sendiri
dilorong yang kabur
berdebu
aku bercanda sendirian
dilorong yang nampak pudar
kelam
aku berlari sendiri
dilorong yang bersimpang siur
lelah
aku berehat sendiri
melihat kedalam diri
sayu

Kau
kau sering termenung
termenung sambil melihat langit malam
langit malam tanpa bintang
gelap
kau sering murung
bertemankan secawan kopi hangat
yang tak mampu menghangatkan hati
lalu kau pejamkan mata
sambil menghempas keluhan
yang amat kasar
kau memerhati sekelilingmu
kosong
kemana semua pergi?
kehampaan merauti wajahmu
lalu kau melangkah longlai
menuju jalan yang kau tak pasti kemana hala tujunya
dan kau terdampar dikamar sepi
ah! benci!

Dia
dia tersenyum bahagia
ah!
mengapa begitu bahagia senyuman itu?
kusakit hati dengan senyuman dia.
dia tertawa bahagia
ah!
mengapa telinga ku sakit saat mendengar gelak tawanya?
kubenci akan tawanya.
dia menangis hiba
huh!
baru kupuas hati melihatnya begitu
biarkan dia terus menangis cenggitu
pilu

Mereka
mereka berjalan bersama
berbicara bersama
bergelak ketawa pun bersama
mereka sentiasa bersama
kemana jua tetap bersama
mereka saling bahu membahu
melihat kesatuan hati mereka
aku cemburu
sungguh!



No comments:

Post a Comment