Friday 6 February 2015

Khayal

Ain membuang pandang ke luar tingkap kelasnya.
Hujan.
Matanya yang bundar beralih ke depan kelas dimana Ustaz Khairul sedang menerangkan maksud satu syair arab pada madah (subject) Adab dan Nusus.

Penerangan yang diberi oleh Ustaz Khairul seolah angin lalu di telinga Ain. Dia agak malas nak menulis setiap patah makna yang tersirat pada syair-syair itu.
Paling mengantuk adalah saat rakan sekelasnya yang lain rancak menghafal syair-syair arab itu dengan berlagu, dia seorang sahaja yang menghafal dengan mendatar tanpa rentak.
Dia mengantuk kerana mendengar rakan sekelasnya menghafal dengan berlagu, mendayu-dayu!

Perlahan matanya tertumpu ke papan hitam (yang sebenarnya warna hijau gelap) di belakang Ustaz Khairul. Secara tiba-tiba dia ternampak muka Hasrul Rizwan si penulis novel Murtad, Tuhan, BDJ, dan Jahanam di situ. Eh, aku mimpi ke ni? Desis hatinya.
Mata Ain berkerdip berulang kali sambil di gosok berkali-kali.
Muka Hasrul Rizwan kini telah hilang dan di ganti dengan wajah dan badan Optimus Prime si Transformer. Wah kacaknya Optimus Prime! Dahi Ain berkerut sejuta saat akalnya mencerna bagaimana si Transformer itu ada di papan hitam kelasnya?
Saat itu juga wajah K-square yang pernah di imagine dalam kepalanya tersembul keluar di papan hitam itu mengambil alih tempat optimus prime tadi.
Mulut Ain terlongo saat dia terpandang wajah K-square yang berambut panjang diikat satu (seperti ingin bermain pedang samurai) sedang bermain alat muzik yang bernama Cello. Yang makin pelik, Ain boleh mendengar dengan jelas melodi yang terhasil dari gesekan Cello oleh K-square itu! Sungguh asyik dan hampir membuai jiwanya terbang ke angkasa.
Kegilaan apakah yang sedang membelenggu aku ni? Hati Ain tertanya sendirian.
Kemudian, wajah-wajah mereka itu muncul serentak di permukaan papan hitam kelas 6 Al-Alusi itu.
Ain melihat dirinya turut ada di antara mereka. Tapi mereka seolah tidak dapat melihat akan dirinya di situ. Hasrul Rizwan sedang asyik ber-twitter. Optimus Prime sedang merenung bulan. K-square sedang bermain drum dan entah ke mana di campak Cello nya tadi.
Ah, mengapa diorang tak nampak aku tengah tengok diorang ni? Ain cuba memanggil-manggil mereka bertiga. Namun malangnya mereka tetap tidak mendengar suaranya. Ain kehampaan. Wajahnya sugul.

Bahunya digoncang kuat. Ain terkebil-kebil menoleh ke arah Shasha di sebelahnya yang sedang menggoncang bahunya.
"Wei, ustaz tanya kau tu." Shasha memberitahu bila Ain pandang dia pelik.
Ain menala-kan wajahnya ke arah ustaz khairul yang sedang serius memandangnya.
"Ye ustaz, ustaz tanya apa tadi? saya tak perasan." Ain berbasa basi.
"Siapa Hasrul Rizwan dan K-square? Dan kenapa kamu sebut Optimus Prime punya nama sekali tadi? Saya suruh awak tasmi' sye'ir dalam kitab tu, bukan mengarut yang bukan-bukan!" bak halilintar membelah 6 Al-Alusi suara ustaznya itu singgah ketelinganya.
Ain kebingungan. Dia sedar dia tidak tidur. Malah dia bukan bermimpi. Dan dia tidak menyangka ustaznya turut mendengar panggilannya kepada mereka bertiga (HR, OP, K-square) tadi. Ain keanehan. Rakan sekelasnya turut memandangnya pelik.



1 comment: