Thursday 19 February 2015

Hobi

Assalamu'alaikum... :)

Hari ni cuti sempena Chinese New Year. So aku melepak jeq kat rumah ni tak ke mana. Tak balik Joho pun sebab minggu lepas baru balik sini (Tanjung Malim). Cuti-cuti cam ni takde class, alangkah bestnye kalau aku tidur macam semua housemate aku. hohhoooo...

*senyum.
Kali ni aku nak membebel pasal satu benda yang dinamakan 'hobi'.
Masa aku sekolah dulu, bila cikgu tanya apa hobi aku, aku dengan yakinnya jawab; 'membaca'.
Tapi yang aku peliknya, entah time bila aku suka membaca pun aku tak tahu. Tetiba aku cakap aku punya hobi membaca. Mungkin aku memang suka membaca actually, just aku yang tak sedar kot.
Memang hakikatnya aku ni kalau baca novel yang tebal-tebal tu mahu makan 3, 4 minggu baru habis satu novel. Novel komsas form 4 and 5 dulu pun aku rasa makan bulan jugak aku nak khatamkan.
Seingat aku, novel yang aku baca tak sampai sehari adalah novel Ramlee Awang Murshid - MIKHAIL. Seriously aku pun terkejut sebab aku berjaya habiskan novel tu dalam masa tak sampai satu hari.

Aku rasa hobi aku mungkin tidur. Tapi aku tak rasa tidur tu satu hobi yang bermanfaat. So aku jadikan 'membaca' hobi aku tiap kali cikgu aku tanya 'apa hobi awak?'. Dan mungkin disebabkan selalu sangat tulis kat mana-mana 'membaca' tu hobi aku, secara tak sedar aku memang suka membaca sedikit demi sedikit. Bila dah banyak kali sebut dan tulis yang hobi aku adalah membaca, so benda tu seolah jadi peransang yang mampu memotivasikan diri aku. Sampai satu tahap aku makin menyukai macam-macam bahan bacaan. Tapi aku paling malas nak baca surat khabar. hohho...
Tak tahu kenapa, tapi memang surat khabar bukan bahan bacaan kesukaan aku.

Dah la, tu jeq la kot untuk entri kali ni. Aku tak reti nak bebel panjang-panjang.
Macam biasa la ea, keep calm & s e n y u m. :)
salam dari dasar hati.


No comments:

Post a Comment