Wednesday 11 January 2012

kisah kasih

Aku bangun pagi sabtu itu agak lewat macam selalu juga.
'masyaAllah, lewat lagi!' marahku dalam hati.
sejak aku jauh dari mak dan abah ni da banyak kali aku terbabas subuh. sungguh-sungguh aku kesal dengan sikap aku. aku segera qada' kan subuh ku yang aku tak tahu nak gelar subuh apa pada waktu dah mencecah ke angka 9.45 pagi! lepas dah qada' subuh tu, aku termenunng sendirian kat atas katil sensorang. roommate aku entah kemana aku pun tak tahu. dia memang jarang lekat di bilik. maybe ke library kot study dengan coursemate dia. aku yang termangu-mangu sendirian mula mengelamun jauh hingga ke benua antartika. beberapa detik kemudian aku baru tersedar aku telah membuang masa dengan termenung dan tidak membuat apa-apa hari itu. dah lah bangun lewat, pas tu tak buat apa-apa. sedangkan assignment punyalah bertimbun tak berusik lagi kat atas meja dan katilku.

tetiba terngiang-ngiang pesan ustazahku;
'kalau nak tenang dalam hidup, kenalah amalkan cara hidup islam dengan betul dan teratur. so, kita perlu tidur awal dan lena (tanpa didatangi sebarang mimpi). kemudian bangun diawal waktu sebelum azan subuh berkumandang dan tunaikan tahajjud 2 rakaat pun jadilah yang penting istiqamah. kalau nak jadi penyabar, kita kena jaga whudu'. maksudnya, berwhudu' lah setiap ketika. bila kita berwhudu', kita menggunaka air. dan sifat air ada tiga; 1) merakam 2) memantulkan 3) mendoakan.. lagipun air sering bertasbih kepada Allah. nak jadi ikhlas pulak kita kenalah jaga makan. jangan makan benda yang shubhah (yang sumbernya kita was-was dengan kehalalannya). sebab bila kita makan jeq apa-apa, itu akan menjadi darah daging kita. bila dah jadi darah daging kita, maka akan bersatu lah ia dengan hati kita. hati kita ni sering berubah-ubah. jadi, bila makanan yang kita makan tu diambil dari sumber yang shubhah, maka hati kita ditakuti menjadi gelap. so, berbalik kepada nak jadi ikhlas ni, kita jangan merungut dalam melakukan sesuatu dan jangan dok mengungkit-ungkit apa yang telah kita buat. kalau nak jadi orang yang redha, apapun yang berlaku ucaplah alhamdulillah.'

ustazah aku pernah bagitahu kitorang, 'kanapa kita dipuji? kita terkadang dipuji oleh orang keliling kita. so, kenapa ye agaknye kita di puji?'
macam-macamlah jawapan yang diberi oleh kitorang masa tu, tapi ustazah kitorang cakap; 'kita dipuji sebab Allah tutup keaiban kita.'

'kita akan mati dengan apa yang kita suka,' pesan ustazah aku tu lagi. contohnya, kita suka sangat mengumpat orang, takut-takut kita akan mati ketika kita sedang mengumpat orang. tapi kalau kita suka berzikir dan buat benda-benda baik, inshaaAllah kita akan mati dengan apa yang kita suka buat tu (berzikir).

beberapa kitaran hidup manusia,,, antaranya ialah;
1) orang yang tidur awal + bangun awal = sihat
2) orang yang tidur lambat + bangun lambat = kronik
3) orang yang tidur awal + bangun lambat = sakit
4) orang yang tidur lambat + bangun awal = sakit
kesimpulannya, tidur dan bangunlah awal.. ^^

'kita masuk ke syurga bukan kerana amalan-amalan kita, tapi kerana kasih sayang Allah (Rahmat-NYA) terhadap hamba-hamba-NYA.'
'hidayah tu milik Allah. DIA akan beri dan tarik kembali hidayah-NYA jka DIA mahu. maka, berdoalah selalu agar kita sentiasa diberi TAUFIK DAN HIDAYAH-nya. inshaAllah.'
'3 tempat yang digalakkan berkunjung dan buat rehlah ialah; 1) Masjidil Haram, Makkah. 2) Masjid Nabawi, Madinah. 3) Masjidil Aqsa,Palestine.'
'maksud fasik ialah yang tak adil (yang tak boleh dipercayai)'
*tu semua nasihat dari ceramah ustazah aku. aku rindu ingin mendengar lagi tazkirah-tazkirah indah dari beliau.

orang yang paling selamat ialah orang yang kurang bercakap perkara yang sia-sia. nak murah rezeki, jalinkanlah tali persaudaraan. kalau kita tak bertegur sapa (bergaduh) lebih daripada 3 hari, dosanye sama macam putuskan silaturrahim. so, kalau kita ade problem dengan orang sekeliling kita, mulakanlah perdamaian walaupun persengketaan yang tercetus bukan berpunca dari kita, tapi tak salah kalau kita yang memulakan dahulu perdamaian kerana orang yang memulakan perdamaian akan mndapat lebih ganjaran dari -NYA nanti, inshaAllah.

bila kita resah gelisah, tengoklah pokok. pandang pokok-pokok yang hidup. inshaAllah nanti kita akan tenang sebab pokok sentiasa bertasbih, maka bertasbihlah dan berzikirlah kita kepada Allah setiap ketika seperti pokok2 tersebut. gunung-ganang merupakan pasak bumi. namun jika dilihat sekarang ni, banyak gunung yang telah ditarah untuk kemajuan semasa. tidak terfikirkah kita, apabila gunung-ganang tersebut ditarah, maka pasak bumi akan musnah? tidak terfikirkah kita? nampakkan, disitu kita boleh lihat manusia sendiri yang memusnahkan bumi ini tanpa disedari. subhanAllah...
Nabi Muhammad S.A.W pernah berpesan; janagn marah. bila marah, diam. bila marah, ambil whudu'. bila marah ketika duduk, maka berdirilah, kalau sedang berdiri , maka duduk atau berbaring atau berjalan. istighfar banyak-banyak.'

aku tersedar dari lamunan ketika housemate ku mengetuk pintu kamarku dan dia menjengulkan mukanya di muka pintu bilikku. "kau nak makan tak shila? jom lunch sama-sama nanti," ajak Aida. aku cuma mengangguk kecil dan bersetuju untuk turut serta lunch bersama mereka. selepas aida berlalu dari kamarku, aku segera bingkas bangun dari katil dan mencapai tuala serta melangkah ke bilik mandi. aku baru teringat aku belum mandi sejak bangun pukul 9 lebih pagi tadi. sempat aku mengerling sekilas jam yang terletak di sudut meja study ku, 12.39 tgh hari! huhhu~

akhir kalam dari aku, diam itu lebih baik dari bercakap sesuatu yang tak berfaedah dan mendatang kan dosa.

No comments:

Post a Comment